Fakulti Ekonomi

Apakah Itu Kawalan Modal?

Tirai alaf bagi abad ke-20 ditutup dengan sebuah krisis kewangan besar di Asia Tenggara. Tiga negara paling teruk terkesan ialah Indonesia, Korea Selatan dan Thailand yang terpaksa memohon bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa. Sebagai timbal balas kepada TKA, negara-negara ini perlu mengapungkan tukaran asing, menaikkan kadar faedah, mengetatkan dasar fiskal, membuka pasaran kewangan kepada warga asing, menutup bank-bank bermasalah dan banyak lagi.

Malaysia pula berbeza. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa dasar pemulihan ekonomi. Antaranya ialah kawalan modal yang pada awalnya dikecam TKA akan “merosakkan masa depan negara dari pemulihan ke pembangunan akan datang.” Namun setahun kemudian, TKA mengatakan bahawa Malaysia menikmati “pengembalian ekonomi yang kuat oleh kerana respon fiskal dan stimulasi kewangan berkompetitif.”

Selain Malaysia, kawalan modal juga digunakan di Greece pada Jun 2015 apabila Bank Pusat Kesatuan Eropah membekukan sokongan kewangan. Maka Greece terpaksa menutup semua bank untuk mengelakkan rakyat keluar duit secara besar-besaran. Pemindahan wang dan bayaran kredit pun diletakkan syarat untuk mengehadkan pengeluaran duit daripada negara. Maka jelas bahawa, kawalan modal merupakan langkah kerajaan untuk mengehadkan aliran keluar masuk wang dalam ekonomi. Sebuah negara boleh mengawal modalnya melalui percukaian, tarif, perundangan, pengehadan dan penambatan pasaran.

Secara asasnya, kawalan modal memberikan kesan terhadap bon dan ekuiti. Dan tidak semestinya seluruh negara akan dikawalnya. Kerajaan juga boleh mengawal sebuah sektor atau industri secara spesifik. Dengan modal terkawal, rakyat tidak boleh membeli aset di luar negara yang menyebabkan aliran keluar duit. Ataupun pelabur juga tidak boleh memasukkan duit dalam negara, yang dikenali sebagai kemasukan duit.

Kisah kawalan modal di Malaysia dan Greece menunjukkan suatu langkah perlu diambil hanya semasa dalam krisis sahaja. Kawalan modal boleh mengehadkan pertumbuhan ekonomi. Sesetengah ekonomi wajib mempunyai kemampuan untuk menampal baldi semasa kebocoran. Hanya melalui kawalan modal sahaja boleh pengeluaran duit secara besar-besaran boleh dihalang. Perkara ini menimbang keselamatan sebuah ekonomi, walaupun ada kesan-kesan sampingan.

Dasar ekonomi antarabangsa yang berlandaskan globalisasi juga memberikan implikasi perundangan terhadap kawalan modal. Dalam zaman sekarang, pembukaan ekonomi kepada pelaburan asing memerlukan pemberian akses juga supaya amaun pelaburan boleh menjana permintaan bagi saham domestik.

Antara punca Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada awalnya menerima penentangan hangat ialah kewajiban ekonomi tanpa diskriminasinya. Dalam hal ini, sebuah negara yang menyertai berdasarkan enakmen sebelum ini tidak langsung boleh mengumumkan kawalan modal yang merupakan suatu diskriminasi dalam ekonomi.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker