Ekonomi

Apa Yang Menyebabkan Kejatuhan Harga Bahan Api Global?

2015 merupakan tahun yang sangat ngeri bagi pemain-pemain industri bahan api. Pada waktu itulah zaman keeemasan mereka telah tamat. Telah lama syarikat-syarikat minyak mendapatkan keuntungan dalam industri yang sangat tidak stabil ini. Maka harus dikaji sebab di sebalik pengakhiran zaman keemasan tersebut.

Harga biasanya naik apabila sementara permintaan menandingi bekalan. Dan harga pula akan turun semasa bekalan melebihi permintaan. Bagaikan tomato, cili, bawang dan sebagainya pun, jika pelanggan berkurang, maka stok bertimbun akan menyebabkan harga pun turun. Tetapi dalam skop bahan api, apa yang sebenar-benarnya menyebabkan “pelanggan berkurang” sedangkan pengguna petrol dan diesel sentiasa ada?

Hubungan relatif antara “stok” dan “pelanggan” berkaitan minyak ini lebih kepada pertumbuhan ekonomi itu sendiri. Misalnya, sekitar 2000-2014, China menghadapi pertumbuhan luar biasa yang didapati semakin perlahan bermula tahun 2015. Pada waktu itu juga, kestabilan politik di Iraq dan Libya menyebabkan kemasukan minyak republik-republik tersebut pula dalam pasaran. Bermakna China yang menguncup tidak lagi memerlukan minyak banyak daripada pasaran yang menerima dua peserta baharu.

Pada dasarnya juga, harga minyak global ditentukan berdasarkan:

1. Perubahan Dolar Amerika Syarikat

Bukanlah satu kebetulan apabila harga minyak global jatuh pada 2015 semasa dolar Amerika Syarikat mengukuh. Dalam waktu itu juga, dolar berada pada kedudukan paling kukuh bagi tempoh 12 tahun. Pengukuhan ini memberikan tekanan kerana bahan api didagangkan dalam dolar Amerika Syarikat. Lonjakan dolar bermula sejak Jun 2014 itulah yang menyebabkan (atau sekurang-kurangnya mempengaruhi) kejatuhan indeks komoditi bahan api.

2. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksportan Petroliam (OPEC)

Satu lagi punca di sebalik kejatuhan bahan api adalah akibat kartel OPEC juga. Mereka tidak ingin mengstabilkan pasaran minyak melalui cara bersetuju pengehadan pengeluaran. Akibatnya 50% daripada harga bahan api dipotongkan sejak kartel ini bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran.

3. Bekalan pengeluaran dan simpanan

Jaminan masa depan bahan api global juga menyusut pada penghujugn 2015 apabila rizab simpanan minyak bertambah semasa pengeluaran dioptimumkan. Simpanan di Amerika Syarikat sahaja meningkat 4.5 juta tong dalam tempoh seminggu. Mendabik dada dengan 500 juta tong, simpanan ini merupakan kadar paling tinggi bagi tempoh 80 tahun.

4. Ekonomi Global

Lambakan minyak pada tahun 2015 sudah cukup memberikan tekanan. Pengurangan dari segi permintaan pula mengeruhkan keadaan. Bukan China sahaja yang mengurangkan permintaan. Ekonomi-ekonomi di Eropah misalnya sedang pulih daripada Krisis Zon Eropah yang mana pengurangan yang sama boleh dilihat dalam negara-negara membangun lain. Di Eropah pula, kenderaan-kenderaan pula semakin jimat minyak. Belum lagi dikira dengan kemasukan kereta-kereta elektrik dalam pasaran.

5. Perjanjian Dunia-Iran

Setelah sekian lama disekat ekonominya, Iran barangkali sudah boleh menyertai pasaran apabila republik tersebut bersetuju dengan kuasa-kuasa dunia berkaitan dengan nuklear. Rangka kerja yang diusahakan pula nekad untuk mengurangkan kuasa nuklear Iran, yang dibalas dengan kebenaran supaya Iran masuk dalam pasaran. Kedatangan Iran semestinya akan menyebabkan perkara yang sama berlaku dengan kemasukan Libya dan Iraq. Oversupply. 

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker