Ad
Kolumnis

“Apa Yang Kita Boleh Jual (FGV), Kita Jual lah. Tinggal Kita Tak Jual Malaysia Sahaja” – Tun M

Kali ini Felda Global Venture (FGV) Holding pula nak dijual. Kemungkinan besar FGV akan dijual kepada tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Mazlan Aliman yang sebelum ini diam membisu, tiba-tiba sahaja ingin menjadi hero supaya FGV ini tidak dijual kepada pihak ketiga. Ikutkan pemilikan dalam FGV, FELDA merupakan pemegang saham terbesar dengan pegangan sebanyak 33.66%. Pegangan dalam FGV Holding Berhad adalah seperti berikut;

FELDA – 33.66%
KPF – 5.24%
KWSP – 1.87%
LTAT – 1.25%
KWAP – 6.43%
UJSB – 7.78%

Ad

FELDA merupakan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah seliaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sebelum ini, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun 2012, Initial Public Offering (IPO) FGV telah dijalankan oleh FELDA untuk membiayai program penanaman semula. FELDA telah menjana keuntungan sebanyak RM 6.0 billion daripada IPO FGV. Dengan keuntungan yang dijana, sebanyak RM 1.7 billion telah diagihkan kepada 112,365 jumlah peneroka dengan setiap seorangnya memperolehi ‘durian runtuh’ sebanyak RM 15,000 ketika itu.

Dalam masa yang sama, 112.365 peneroka FELDA telah membeli saham FGV sebanyak 800 unit saham dengan harga RM 3,640 pada harga RM 4.55 untuk satu unit saham. Pembelian saham ini diletakkan di bawah Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang mana KPF memegang sebanyak 5.24% dalam FGV.

KPF memberi peluang kepada peneroka-peneroka FELDA untuk melabur dalam FGV supaya mereka tidak terikat kepada hasil tuaian minyak sawit semata-mata. Tapi, mereka juga boleh menjana pendapatan melalui pegangan saham mereka.

Saham FGV bernilai RM 1.83/unit pada 14 Mei 2019 dan telah jatuh pada tahap terendah sehingga RM 0.635/unit saham. Tapi, YB Azmin bangga yang saham FGV meningkat 100%. Tetapi, kejatuhan saham FGV lebih buruk daripada kenaikannya setakat ini. Pada hari ini, harga saham FGV adalah RM 1.46/unit. Manakala pada 14 Mei 2019, saham FGV berharga RM 1.83/unit.

Tun Mahathir juga memberitahu bahawa FGV rugi dan berkemungkinan akan dijual. FGV mencatatkan kerugian sebanyak RM 1.08 billion pada tahun 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambilalih kerajaan. Pada tahun-tahun sebelumnya, FGV mampu mencatatkan keuntungan setiap tahun dan berupaya memberi dividen kepada pelabur-pelabur mereka termasuk peneroka FELDA sendiri.

Dalam masa yang sama, FGV tidak mampu memberi pulangan dividen kerana mencatatkan kerugian yang besar selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih kerajaan.

Kesimpulannya, FGV mengalami kerugian selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan bukan disebabkan kerajaan dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button