Global

Apa Sedang Berlaku Pada Perbankan Australia?

Penghujung dekad ini dilihat mempunyai sedikit sebanyak kecenderungan media ke arah skandal. Malaysia diheret ke kancah negatif dengan dakwaan demi dakwaan skandal. Benjamin Netanyahu terlibat dengan skandal, dimana beliau sedang berusaha merangkul sokongan politik untuk membentuk kerajaan supaya boleh memelihara diri dengan imuniti. Nama Donald Trump pun tidak bersih susulan timbul dakwaan skandalnya bersama Ukraine. Dan sekarang ini Australia pula mempunyai titik hitam bersama Westpac, salah satu daripada empat bank paling besar sana.

Isu ini boleh dikatakan bermula dengan penemuan bahawa Westpac terlibat dengan pengubahan wang haram, eksploitasi kanak-kanak dan pencabulan undang-undang kewangan anti-keganasan. Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Brian Hartzer pun meletakkan jawatan (Butler, 2019). Perletakan jawatan ini pada dasarnya menguntungkan Hartzer yang merangkul pampasan sebanyak AU$2.7 juta. Namun penglibatannya sekarang mula diteliti.

Secara kronologi, krisis serius ini bermula pada 25 Oktober 2019 apabila polis menyerbu sebuah rumah di Rizal, Filipina, yang menjadi sarang pelacuran keluarga. Di situ seorang ibu ditemui bersama anak perempuannya berusia 12 tahun yang memakai tuala di atas kepala sahaja. Apa yang berlaku sangatlah mengejutkan dan menjijikan, kerana ibu ini sedang melacurkan anaknya secara live-streaming.

Anak perempuannya dipaksa membuat kedudukan syahwat di hadapan skrin berdasarkan permintaan pelanggan yang salah seorang daripada mereka ialah warga Australia yang membayar menggunakan perbankan Westpac. Sudahpun menjadi perkara biasa bagi warga miskin Filipina untuk melakukan sedemikian. Pendapatan sehari daripada industri dosa ini lebih tinggi daripada hasil kerja halal sebulan.

Dan hakikat bahawa Westpac dijadikan medan untuk pengiriman wang menimbulkan tanda tanya besar tentang amalan syarikat tersebut. Berdasarkan siasatan agensi kerajaan Australia, didapati bank Westpac melengkapkan pengiriman wang bagi sekurang-kurangnya enam orang pelanggan yang pernah mengunjungi Filipina (Fonbuena, 2019).

Tidak cukup dengan itu, Westpac juga didapati cuai dengan tanggungjawabnya untuk memerangi penyalahgunaan kewangan yang menguntungkan kegiatan keganasan dan pengubahan wang haram (Ryan, 2019). Mudah kata, Westpac sekadar menutup mata meskipun kes pengubahan wang haram telah mencecah 23 juta kali. Diulangi semula, sebanyak 23 juta kali kegiatan pengubahan wang haram dibuat dan Westpac tidak membuat apa-apa. Setiap satu pengubahan ini sahaja sudah cukup untuk mendatangkan denda sivil sekurang-kurangnya AU$17 juta. Maka bala yang menanti Westpac sebenarnya bernilai AU$391 trilion.

Dengan erti kata lain, bank yang berdiri selama 200 tahun ini bertindak terlalu cuai sehinggakan risiko penutupan sekarang semakin menjadi realiti. Dibawah naungan Westpac terdapat 22 bank kecil yang dilesenkan. Dan krisis yang melanda bakal membuka kertas siasatan sangat besar, tentu sekali memakan masa bertahun untuk diselesaikan.

Apa-apa pun, mata sekarang berada di Australia kerana Westpac sahaja gagal melaporkan pengiriman wang antarabangsa sebanyak AU$11 bilion. Tiga bank besar lagi tidak diketahui lagi tahap kebersihannya.

Sumber
Butler, B. (2019, November 26). Westpac chairman rejects pressure for more heads to roll amid money laundering scandalCadman, E. (2019, November 20). Westpac Accused of 23 Million Money-Laundering BreachesFonbuena, C. (2019, November 23). Westpac scandal: a 12-year-old girl, online sexual exploitation and lax financial rules
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker