Kewangan

Apa Perbezaan Analisa Teknikal & Analisa Fundamental?

Harini makin ramai orang mula menceburi bidang pelaburan saham. Hal ini kerana kemajuan teknologi membantu pelabur-pelabur kecil untuk memperoleh data-data kewangan dengan lebih mudah.

Kalau kita lihat juga rata-rata pelabur kecil lebih gemar menggunakan kajian atau analisa teknikal dalam membuat penilaian untuk menjual atau membeli saham. Ada juga yang menggunakan kajian fundamental untuk membuat penilaian sama ada ingin membeli atau menjual saham.

Apa perbezaan diantara kajian teknikal dan kajian fundamental?

Bezanya ialah kajian teknikal lebih kepada menganalisa perangai pasaran. Kajian teknikal banyak menggunakan data seperti harga buka, harga tutup, harga tertinggi dan terendah dalam membuat jangkaan kemana hala tuju pasaran.

Bacaan berkaitan: Apa Itu Akaun CDS & Bagaimana Cara Membukanya

Selain dari itu kajian teknikal juga lebih banyak menggunakan kaedah statistik dalam membuat jangkaan. Contohnya statistik bulanan atau mingguan atau harian. Data pasaran akan dikelaskan dan menggunakan statistik pelabur membuat jangkaan, bila masa yang sesuai untuk memasuki pasaran.

Berbeza pula dengan kaedah fundamental, pelabur menggunakan data kewangan untuk membuat jangkaan. Data seperti untung rugi syarikat, nilai aset dan sebagainya digunakan untuk mengira nilai saham dimasa hadapan.

Kedua-dua kaedah mempunyai baik buruknya dan tiada satu kaedah yang boleh dikatakan sempurna untuk digunakan dalam mengkaji saham dan pasaran.

Oleh sebab itu lebih baik jika pelabur menggunakan kaedah teknikal, pelabur juga harus tahu sedikit sebanyak tentang fundamental dan juga sebaliknya.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker