EkonomiUmum

Apa Itu Polisi Fiskal ?

Polisi fiskal (fiscal policy) adalah bacaan yang menunjukkan perbelanjaan kerajaan dan polisi cukai bagi menentukan keadaan ekonomi sesebuah negara, termasuk sekali permintaan (demand) barangan dan perkhidmatan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Asal-usul Polisi Fiskal

Polisi ini secara amnya bermula daripada idea seorang ekonomis British, John Maynard Kernes (1883-1946) yang berpendapat bahawa kerajaan boleh menstabilkan kitaran ekonomi dengan mengawal perbelanjaan dan polisi cukai kerajaan.

Teori ini terhasil setelah berlakunya The Great Depression iaitu ketika kejatuhan pasaran saham pada 1929. Seterusnya, ia menyangkal pendapat bahawa kitaran ekonomi adalah perkara biasa dan akan diperbetulkan dengan sendirinya (self-correcting).

Polisi Perkembangan (Expansionary Policy)

Bayangkan jika ekonomi meleset, apa yang kerajaan boleh buat untuk atasi situasi ini adalah dengan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan permintaan dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Inilah yang dipanggil expansionary fiscal policy.

Logiknya adalah jika cukai diturunkan, rakyat akan mempunyai lebihan duit untuk dibelanjakan atau melabur. Keadaan inilah yang akan meningkatkan permintaan. Dengan ini, syarikat-syarikat memerlukan pekerja lebih untuk memenuhi permintaan. Lalu peluang pekerjaan meningkat dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran.

Bila kebanyakan rakyat bekerja atau pengangguran berkurang, duit gaji yang diperoleh akan menggalakkan pembelian dan perbelanjaan. Inilah kitaran pengaliran duit yang diidamkan bagi setiap kerajaan.

Alternatif lain daripada pengurangan cukai, kerajaan juga boleh mengembangkan ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan. Contohnyadengan membina lebuhraya atau projek mega yang berstrategik. Dengan ini, peluang pekerjaan akan meningkat dan akan meneruskan kitaran pertumbuhan ekonomi.

Kebiasaanya, perlaksanaan polisi seperti ini akan berkait dengan defisit dimana perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan kerajaan seperti kutipan cukai.

Defisit biasanya berlaku hasil gabungan potongan cukai dan peningkatan perbelanjaan. Usah diceritakan lagi contohnya. Sudah terpampang didepan mata kata, iaitu apa yang sedang negara kita alami sekarang ini.

Secara teori, nampak cantik perlaksanaan polisi ini. Namun, secara praktikalnya, ia menjadi igauan bila mana berlakunya defisit yang terlalu besar.

Inilah yang berlaku bila mana polisi populis seperti penurunan kadar cukai dan peningkatan perbelanjaan negara dilaksanakan. Antara langkah untuk atasi perkara ini adalah meningkatkan gaji minima contohnya. Tapi, ada kesan negatif jika dinaikkan gaji dengan mendadak iaitu inflasi juga akan meningkat.

Bila perkara ini berlaku, untuk kembalikan semula ekonomi negara kepada normal agak sukar. Seterunsya, ekonomi negara akan mengecut (contract).

Polisi Pengecutan (Contractionary Policy)

Bagi mengatasi kesan sampingan expansionary policy, seperti peningkatan kadar inflasi, kerajaan akan melaksanakan polisi pengecutan. Antaranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan pemotongan pembayaran gaji atau pekerjaan dalam sektor awam. Dengan harapan, pengenalan sedikit kemelesetan ekonomi (recession) dalam negara dapat menyeimbangkan semula ekonomi negara.

Jika perlaksanaan expansionary policy dikaitkan dengan defisit, contraction policy pula akan menghasilkan lebihan sumber negara (surplus). Polisi jenis ini jarang dilaksanakan tetapi bila mana keadaan mendesak, polisi ini ubat yang pahit dan terpaksa ditelan.

Selain daripada perbelanjaan dan polisi percukaian, kerajaan juga boleh menggunakan keuntungan hasil daripada percetakan duit (seigniorage) atau penjualan aset untuk menangani perubahan polisi fiskal ini.

Daripada pengetahuan ini, kita boleh kenalpasti punca segala penjualan aset dalam sesebuah negara. Antaranya adalah dengan pengenalan polisi yang populis seperti yang disebutkan diatas tadi.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker