Ekonomi

Apa Itu Neoliberal

Maksud mudahnya ialah kurang campur tangan kerajaan lebih banyak penswastaan ataupun sektor swasta yang memacu ekonomi. Bila swasta memacu ekonomi, kerajaan kurang berbelanja sebab perbelanjaan punya tanggungjawab akan dipindahkan ke swasta. Syarikat milik kerajaan dipindah milik ke swasta dan secara langsung pasaran kita akan jadi ekonomi pasaran bebas. Semuanya akan ditentukan oleh pasaran.

Ironi sungguh bila seorang penulis buku tentang jurang pendapatan menyokong agenda neoliberal. Tingkah laku ekonomi secara jelas dalam pelbagai kajian menunjukkan manusia ini akan sentiasa mengejar kepentingan peribadi. Dalam hal neoliberal ini, jika semua dipindahkan ke swasta, pemilik baru akan lebih mengejar kepentingan peribadi berbanding kepentingan umum.

Sebagai contoh, pemilik syarikat air tidak peduli akan kepentingan umum jika dia bercadang hendak menaikkan tarif air. Apa yang lebih dia fikirkan adalah kepentingan peribadi dia. Jika milik kerajaan, kepentingan umum akan lebih diutamakan sebab kerajaan bukan bersifat mencari untung.

Benda ini lah penyebab jurang kekayaan makin melebar. Pemilik syarikat lebih mengutamakan kepentingan peribadi. Isu gaji tidak naik atau harga barang naik melambung tidak dipedulikan sebab kepentingan pemilik syarikat lebih diutamakan dari kepentingan umum.

Ini adalah kekurangan polisi neoliberal ini walaupun ada berpendapat polisi ini mampu meningkatkan kecekapan. Jika diperhatikan selama ini, banyak syarikat di”bailout” oleh kerajaan. Jika benar polisi ini meningkatkan kecekapan, kenapa perlu bailout?

Kesimpulannya, agenda neoliberal ini mungkin bagus dari segi teorinya tetapi secara realiti ianya tidak bagus atas banyak sebab dan antara sebab paling utama polisi ini sering kali tidak dapat menghasilkan keputusan yang bagus adalah kerana sifat manusia yang tamak dan mementingkan diri.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker