Kewangan

Apa itu ETF?

Kebanyakkan pelabur runcit mengalami masalah untuk membahagikan pelaburan mereka didalam pelbagai sektor. Masalah utama yang dihadapi oleh pelabur runcit ialah kekurangan dana dan kemahiran untuk membahagikan portfolio pelaburan.

Oleh sebab itu, Exchange Traded Fund adalah instrumen yang sesuai untuk digunakan pelabur runcit dalam membuat kepelbagaian didalam pelaburan.

Exchange traded fund ialah satu produk yang mempunyai pelbagai jenis saham didalamnya. Saham ini dibeli oleh pemunya produk tersebut dan dikumpul sekali sebelum dijual kembali kepada pelabur. Pelabur boleh menggunakan produk ini untuk mempelbagaikan pelaburan.

Sebagai contoh MYETFDJ (Shariah). Ini merupakn ETF Dowjones . Saham komponem Dow Jones yang patuh shariah dikumpulkan sekali didalam satu produk dan produk ini dijual didalam pasaran Malaysia.

Kredit: Malaysianstock.biz

Produk ini boleh dibeli terus menggunakan akaun CDS anda dan kenaikkan atau penurunan harga mengikut permintaan dan penawaran didalam pasaran.

Untuk membuat penilaian terhadap nilai ETF , ianya menggunakan Net Asset Value (NAV). Pelabur boleh membuka informasi ETF tersebut untuk mengetui jumlah aset yang ada dan mengira nilai modal pasaran setiap aset yang ada dan dibahagikan dengan jumlah pegangan.

Jadi sekiranya pelabur runcit hendak mempelbagaikan pelaburan tanpa membeli banyak saham , boleh mencuba untul beli produk ETF.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker