Ekonomi

Apa Itu Defisit Berkembar

Defisit akaun berkembar atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu twin account deficit merupakan kombinasi antara fiskal defisit dan defisit akaun semasa negara. Dua perkara ini mesti berlaku pada waktu yang sama untuk dinamakan sebagai defisit berkembar.

Pertama sekali, kita perlu tahu apa itu fiskal defisit. Fiskal defisit adalah perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Sebagai contoh dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng pada November tahun lepas. Anggaran hasil kerajaan pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 261.814 billion. Manakala, anggaran perbelanjaan Kerajaan Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak RM 314.55 billion. Ini bermakna, kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan iaitu lebih kurang RM 52.74 billion.

Kerajaan terpaksa menerbitkan bon supaya dapat menampung perbelanjaan yang telah ditetapkan. Ini bermakna, hutang dengan anggaran sebanyak RM 52.74 billion akan dipinjam oleh kerajaan. Kerajaan akan menerbitkan bon atau sukuk melalui beberapa instrument kewangan iaitu Malaysian Government Securities (MGS), Malaysian Government Investment Issue (MGII),  dan short-term Islamic securities atau Malaysian Islamic Treasury Bills (MITB). Semua maklumat bon dan sukuk ini dapat diperolehi dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia.

Kedua, defisit akaun semasa ialah apabila nilai import dalam sesuatu negara melebihi daripada eksport. Kita perlu tahu, eksport ialah barangan tempatan yang didagangkan ke luar negara. Maka, kerajaan akan dapat hasil daripada pembelian barangan Malaysia oleh pembeli di luar negara. Import pula ialah barangan yang rakyat Malaysia beli daripada luar negara.

Sekiranya, nilai import melebihi daripada nilai eksport. Kerajaan akan mengalami kerajaan defisit akaun semasa atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah current account deficit. Apabila sesebuah negara mengalami kedua-dua defisit ini, negara itu sedang mengalami defisit berkembar. Pelabur-pelabur dalam dan luar negara sangat mengambil berat mengenai defisit berkembar ini. Mereka menilai pengurusan kewangan sesebuah negara itu dalam keadaan tidak stabil sekiranya mengalami defisit berkembar.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan hanya mengalami defisit fiskal sahaja melalui anggaran hasil dan perbelanjaan yang telah dibuat pada tahun lepas. Namun, kerajaan perlu melaksanakan perbelanjaan defisit bagi menampung keperluan dalam negara.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker