Berita

Anda Boleh Membayar Tol Menggunakan Kad Kredit/Debit Mulai Hujung Tahun

Mulai hujung tahun ini pengguna lebuhraya PLUS boleh menggunakan kad kredit atau debit bagi membuat pembayaran tol. Kad kredit/debit akan dihubungkan kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID).

Dengan kemudahan terbaru ini, pengguna tidak lagi perlu bersusah-payah untuk menambah nilai kad Touch n Go mereka dan tiada lagi masalah baki tidak mencukupi.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, naik taraf ini akan selesai menjelang akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

Dalam masa yang sama PLUS juga dalam proses untuk membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet.

Harapannya dengan inisiatif baru ini, kesesakan lalu lintas di plaza tol dapat dikurangkan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker