Politik

Analisa PRK Tanjung Piai

1. BN berjaya merampas semula Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar. Setakat jam 8.15pm, BN telah berjaya memperoleh 23,621 undi berbanding PH (9,498). Majoriti setakat ini adalah 14,123 undi. Terdapat kira-kira 3000 undi yang belum dikira. Prestasi ini adalah hampir sama dengan PRU 2004 yang mana merupakan tahun paling cemerlang parti tersebut.

2. Paling mengejutkan kali ini adalah BN berjaya menguasai semula undi kaum muda Cina. Sebagai contohnya BN menang saluran 7 SJK (C) Cheow Min dengan majoriti 30 undi (BN 169 PH 139). SJKC ini adalah salah satu pusat mengundi di PDM Kampong Duku yang menyaksikan PH menang besar pada PRU14

3. Hampir semua saluran mengundi orang muda dimenangi oleh BN. Malahan saluran 7 SK Pekan Nenas yang sebelum ini dikuasai oleh PH berjaya dirampas dengan majoriti 33 undi (BN 182 PH 149). Ini memberi gambaran kekecewaan oleh kelompok ini kepada kerajaan sedia ada di atas kegagalan pentadbiran walaupun mereka adalah golongan yang memberi sokongan mutlak kepada PH pada PRU 14.

4. Undi PAS adalah solid kepada BN. Pergerakan undi bagi setiap PDM menunjukkan undi sabotaj daripada penyokong PAS berlaku dalam keadaan yang sangat minimum / negligible. Pertambahan undi BN di hampir setiap PDM pada PRK kali ini adalah lebih besar daripada gabungan undi BN-PAS pada PRU14

5. Undi solid ini di-‘ignite’ oleh kesilapan Mat Sabu menghina Presiden PAS dalam siri ceramah beliau. Kesilapan ini mirip kecuaian DSAI yang mengherdik “Hey Hadi” dalam PRK Semenyih sehingga mengakibatkan penyokong PAS yang asalnya meragui calon BN, bertindak memberikan undi mereka kepada lambang dacing.

6. Kesilapan terbesar PH bukan sahaja kerana kegagalan mereka untuk menunaikan manifesto, tetapi juga kerana mereka sangat jelas bermain dengan naratif perkauman dalam kempen politik. Bagi kawasan yang mempunyai peratusan kaum yang seimbang, menggunakan taktik perkauman adalah kaedah bunuh diri yang paling cepat.

7. Terdapat boikot yang jelas daripada penyokong DAP kepada calon PH. 5 daripada 11 PDM yang dimenangi oleh PH pada PRU 14 telah mencatatkan peratusan mengundi yang sangat rendah pada PRK kali ini

8. Semua 16 PDM yang dimenangi oleh BN pada PRU14 (majoriti Melayu) mencatatkan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada kadar purata. Ia menunjukkan keazaman bangsa Melayu untuk melakukan perubahan segera pada landskap politik negara

9. Politik Malaysia masih tertakluk kepada pengaruh parti utama. Walaupun calon BERJASA adalah paling layak dari segi akademik dan pengalaman, tetapi jenama parti tersebut tidak mampu untuk menarik minat pengundi. Namun gaya politik dan berkempen parti ini adalah sesuatu yang boleh dicontohi parti lain

10. BN menang kerana muafakat antara parti-parti pembangkang, faktor kempen berterusan semua kepimpinan utama, simpati ke atas DS Najib Razak, corak program politik yang tidak bersifat perkauman serta kelemahan / perpecahan dalaman PH sendiri

11. HIJ-RAH sudah diterima semua

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker