Polisi

Anak Mahathir Bersedia Mewarisi Legasi Politik

Mukhriz Mahathir, anak kepada Perdana Menteri terkini Malaysia, berkata bahawa beliau bersedia untuk mengikut jejak langkah ayah beliau apabila pemimpin tertua dunia tersebut menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, seteru politik lama beliau yang kini merupakan sekutu.

Mahathir Mohamad yang telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-9 pada tahun lalu kini menghadapi tekanan yang kian meningkat untuk menyerahkan baton kepada Anwar seperti yang telah dimentarai oleh pakatan pembangkang sebelum Pilihanraya yang lalu.

Mukriz merupakan anak kelima Perdana Menteri dan pewaris politik tunggal beliau. Mukhriz kini merupakan Menteri Besar Kedah. Dalam interview Bersama Nikkei Asian Review, beliau berkata beliau adalah terbuka untuk menyandang jawatan yang lebih besar dalam pentadbiran di peringkat persekutuan, jika itu merupakan hasrat pemimpin negara yang seterusnya.

“Saya terbuka kepada cadangan dan itu bergantung kepada pucuk pimpinan ketika itu dan juga peranan yang sesuai,” kata beliau. “Saya tidaklah terlalu bercita-cita tinggi, saya tidak meletakkan sasaran sebagai Perdana Menteri sepertimana sesetengah individu,” tegas beliau lagi. “Dan bila masanya sesuai untuk negara bagi meletakkan saya di peringkat Persekutuan, saya sanggup menggalas tanggungjawab tersebut,” kata Mukhriz.

Beliau berkata yang tidak akan ada usaha bersepadu dari pihak beliau untuk mendesak beliau menjadi Perdana Menteri selepas Anwar walaupun beliau terbuka untuk peluang itu. “Saya tidak akan cuba meletakkan diri sendiri seolah-olah saya sudah ditetapkan perlu menjadi perdana menteri suatu hari nanti,” katanya.

Mukhriz, 54, seorang usahawan dan kini merupakan Timbalan Presiden kepada Bersatu, parti komponen dalam gabungan pemerintah yang dipengerusi oleh Mahathir. Beliau juga duduk dalam majlis presiden Pakatan Harapan.

Seperti ayah beliau, Mukhris keluar daripada UMNO pada 2016 untuk membentuk Bersatu tahun yang sama belakunya ketegangan antara Mahathir dan bekas Perdana Menteri Najib Razak di mana beliau telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar Kedah. Beliau mula berkhidmat dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 2008-2013.

Mukhriz melanjutkan pelajaran di Universiti Sophia, Tokyo terima kasih atas Dasar Pandang Timur Mahathir yang diperkenalkan pada tahun 1982. Beliau menerima ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan pada 1987 dan kemudian belajar pemasaran di Universiti Boston.

Dalam rancangan pengalihan kuasa Mahathir-Anwar yang kian mendung, Mukhriz berkata Majlis Presiden sedar akan perjanjian berkenaan tetapi menafikan terdapat garis masa tetap yang telah dipersetujui.

“Tiada perjanjian untuk ia terjadi dalam masa 2 tahun. Mungkin terdapat cadangan sedemikan tapi tiada perjanjian hitam putih mahupun lisan”.

Mukhriz berkata consensus umum dalam komponen parti pemerintahan adalah untuk meberikan masa yang secukupnya kepada Mahathir bagi membaikpulih kewangan dan ekonomi negara sebelum menyerahkan kepada Anwar. “Beliau (Mahathir) sepatutnya diberikan masa secukupnya untuk mebuat apa yang beliau mahu lakukan. Walaupun kami mengakui akan umur beliau, tapi beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk menjadi perlahan.

Beliau juga menafikan akan pergolakan politik dalam Pakatan Harapan seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media. Beliau juga berkata, bertentangan dengan spekulasi bahawa Mahathir lebih menggemari pesaing Anwar, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya, tiada pertikaian dalam pakatan pemerintah dalam kedudukan Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri. “Pada pandangan saya, dengan Anwar yang telah dipersetujui majorit sebagai pewaris jawatan, Mahathir sepatutnya diberikan masa yang secukupnya untuk melakukan apa yang perlu”.

Pemerhati politik masih berasa sangsi bahawa Anwar akan diberikan peluang untuk memimpin negara sebelum PRU seterusnya pada tahun 2023 atas sebab sejarah pahit antara mereka. Mahathir memecat Anwar daripada kerajaan pemerintah pada tahun 1998 atas tuduhan sodomi dan korupsi.

Mahathir telah melatih Anwar sebagai pengganti beliau semasa perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari tahun 1983-2003 tetapi memberitahu bahawa Anwar tidak layak sebagai Pemimpin Malaysia – satu tindakan yang dikesali oleh organisasi hak asasi manusia dan pemimpin dunia.

Anwar mengetuai kempen melawan Mahathir dari dalam penjara dan menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, diketuai oleh isteri beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri kini, Wan Azizah Wan Ibrahim. Mahkamah Tinggi membatalkan tuduhan sodomi Anwar pada tahun 2004, setahun selepas Mahathir meletakkan jawatan.

Selepasa pembebasan beliau pada tahun 2004, Anwar menjadi figura pemimpin pembangkang dan mengetuai pakatan pembangkan dalam PRU 2008 dan 2013. Dan pada tahun 2015, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas tuduhan kedua sodomi yang melibatkan pembantu peribadi beliau. Namun, beliau menerima Pengampunan Diraja daripada YDPA Sultan Malaysia pada Mei 2018, setahun selapas Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir mengejutkan negara apabila memenangi tampuk pemerintahan Malaysia.

Artikel asal: Mahathir’s son ready to inherit Malaysia’s political legacy

Terjemahan oleh: Yahya Imran

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker