Berita

Amerika Turunkan Taraf Keselamatan Penerbangan Malaysia

Baru-baru ini Reuters melaporkan bahawa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Aviation Authority – US FAA) telah menurunkan tahap penilaian keselamatan penerbangan Malaysia dari Kategori 1 kepada 2.

Hal ini telah menimbulkan kegusaran pada pihak yang terbabit, terutama sekali syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia . Kesannya adalah Malaysia tidak dibenarkan untuk buat laluan penerbangan yang baharu diantara New York dan San Francisco atau mana-mana destinasi dibawah pentadbiran FAA.

Lebih dari itu, implikasi lain yang mungkin akan berlaku adalah boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap penerbangan Malaysia, boleh menjejaskan peluang pekerjaan di peringkat global, kenaikan harga insuran penerbangan dan kadar sewa kapal terbang.

Walaubagaimanapun, penilaian FAA ini tidaklah bermakna operasi pesawat berpengkalan di Malaysia adalah tidak selamat. Memetik daripada Astro Awani,

Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malasia (Civil Aviation Authority Malaysia – CAAM) Kapt Ahmad Ridzwan Mohd Salleh melalui satu kenyataan malam Isnin menyifatkan tindakan FAA ini bukan cerminan prestasi mana mana syarikat Penerbangan, Lapangan Terbang mahupun Perkhidmatan Trafik Udara di bawal kawal seliaannya.

Malaysia adalah negara Asia yang ketiga menerima penilaian seperti ini. Dua negara Asia yang menimpa nasib yang sama adalah Bangladesh dan Thailand.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker