GlobalIsu Semasa

Amaran Sekatan Perdagangan Antarabangsa Ke Atas Malaysia

Sebelum pengumuman amaran sekatan perdagangan ke atas Malaysia yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini, Malaysia sudah pun berada dalam senarai 16 buah negara yang disyaki penipu perdagangan.

Sekatan ini mungkin boleh jadi berlaku atau tidak. Namun, kronologi berita berkaitan hal ini cukup membimbangkan dan seakan menjadi realiti.

Mei 2019

Malaysia disenaraikan sebagai salah satu dari 9 negara untuk dipantau sebagai Manipulator Mata Wang.

Jun 2019

Reuters melaporkan bahawa kerajaan PH sedang bersubahat dalam penipuan untuk menolong negara Venezuela dan Iran untuk mengelak sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Ogos 2019

Reuters kata mereka ada bukti bahawa minyak yang diimport dari Venezuela dan Iran telah dilabelkan sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula kepada China.

September – Oktober 2019

Hasrat kerajaan India yang merupakan pembeli minyak kelapa sawit terbesar ada menyatakan ingin menyekat beberapa produk Malaysia, termasuk minyak sawit disebabkan kenyataan Tun M dalam ucapan beliau di UNGA.

Selain itu, tindakan kerajaan PH yang sering mempromosi Malaysia sebagai negara yang mendapat manfaat dari perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China adalah ibarat mencurahkan petrol ke dalam api.

Kita ambil contoh Vietnam yang diiktiraf sebagai negara yang menerima manfaat dari perang perdagangan ini telah dikenakan tarif 400% ke atas eksport barangan besi dan keluli oleh Amerika Syarikat.

Kenapa ini sangat kritikal bagi Malaysia ?

Ini kerana Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport ke-3 terbesar bagi Malaysia. Sudah semestinya, sebarang sekatan atau kenaikan tarif ke atas Malaysia akan memburukkan lagi status ekonomi negara.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker