Politik

Air Yang Dicincang Takkan Putus, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Pemimpin-pemimpin kerajaan kerap memainkan penyatuan antara dua parti politik Melayu-Islam terbesar di Malaysia sebagai mempelai lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin. Sambil itu, mereka mempersoalkan mengenai jantina lelaki dan perempuan antara UMNO dan PAS.

Sebenarnya, UMNO dan PAS bukanlah mempelai yang ingin berkahwin dan dipersoalkan mengenai jantina mereka. Tapi, UMNO dan PAS merupakan ‘adik beradik’ yang bergaduh dan sekarang mereka telah berbaik semula demi menjaga kesejahteraan kaum Melayu Bumiputera dan Islam.

Makanya, perumpamaan seperti air yang dicincang takkan putus dan sedangkan lidah lagi tergigit merupakan perumpamaan yang tepat untuk mengambarkan hubungan antara dua parti terbesar Malaysia ini.

penyatuan-ummah

Pada 14 September 2019, PAS dan UMNO telah menandatangani sebuah piagam yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional sebagai permulaan kerjasama antara dua parti ini.

Sejarah antara dua parti ini telah banyak melahirkan parti-parti politik sehingga hari ini. Pada tahun 1946, gabungan NGO-NGO Melayu telah berkumpul di Istana Johor untuk menentang penubuhan Malayan Union. Setelah itu, tertubuhlah parti UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar iaitu datuk kepada Dato’ Hishammuddin Tun Hussein.

Pada 1951, PAS telah berpisah daripada UMNO kerana pergerakan islamik dalam UMNO yang tidak sehaluan dengan hala tuju parti tersebut. Maka lahirlah PAS yang meletakkan agama Islam dan penubuhan negara Islam sebagai objektif parti PAS ini.

Pada tahun 1988, berlaku krisis UMNO yang akhirnya memberi kesan kepada pengharaman parti tersebut kerana pemilihan Presiden UMNO yang tidak adil antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh. Ahli-Ahli Tertinggi UMNO telah membawa kes ini ke mahkamah dan akhirnya UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar ini diharamkan.

Setelah itu, Tun Mahathir mengambil langkah untuk menubuhkan UMNO baru dengan mendaftarkan ahli-ahli yang bersama dengan beliau pada tahun 1988. Dalam masa yang sama, parti Semangat 46 ditubuhkan. Parti ini disertai oleh Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam, Tan Sri Shahrir dan lain-lain.

Pada tahun 1996, Parti Semangat 46 telah dibubarkan dan ahli-ahli parti ini kembali menyertai UMNO baru yang diasaskan oleh Tun Mahathir.

Begitu juga parti-parti seperti PKR dan PPBM masing-masing ditubuhkan pada tahun 1998 dan 2016 merupakan pecahan kepada UMNO. PKR ditubuhkan apabila Ketua Umumnya, Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Peristiwa yang hampir sama juga berlaku pada parti PPBM, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat oleh Dato Seri Najib sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Maka, lahirlah parti PPBM pada tahun 2016.

Manakala, Parti Amanah ditubuhkan apabila Majlis Syura PAS telah memberi keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP pada tahun 2015. Maka, bekas pemimpin seperti Mat Sabu dan Khalid Samad telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Amanah.

Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14, umat Islam dan kaum Melayu Bumiputera mula ditekan dengan isu-isu seperti UiTM, Tulisan Jawi, ICERD, dan sebagainya. Tindakan kerajaan ini telah menaikkan perasaan amarah umat Islam dan Melayu Bumiputera.

Setelah itu, parti UMNO dan PAS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan memeterai piagam Muafakat Nasional sebagai persefahaman untuk menentang tindakan kerajaan yang sering memperlekehkan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera di Malaysia.

Itulah menariknya hubungan antara dua parti UMNO dan PAS yang merupakan parti Islam dan Melayu terbesar di Malaysia. Daripada mereka berpisah pada tahun 1951. Akhirnya, kembali semula bersama pada Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan pada 14 September 2019.

Justeru, berbaiklah saudara-saudara umat Islam sekalian. Bersatulah wahai bangsa Melayu. Kalau dulu hubungan ayah-anak, mertua-menantu, suami-isteri, adik-beradik, kawan-kawan, saudara mara rengang akibat pertembungan pandangan politik antara PAS dan UMNO.

Maka berbaiklah sekalian umat Islam dan Melayu Malaysia. Teruskan perjuangan demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air kita. Janganlah bersengketa lagi. Bersatulah wahai Umat Islam dan Bangsa Melayu.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup Melayu!

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker