Ad
Ekonomi

Agensi Penarafan Fitch Mengumumkan Malaysia dalam Keadaan Stabil dan Diberikan Skor A-

Agensi penarafan Fitch Ratings telah mengumumkan Malaysia dalam keadaan stabil dan diberikan skor A-. Penarafan ini sememangnya meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang stabil dalam kalangan pelabur domestik dan antarabangsa.

Apa fungsi agensi penarafan kredit? Baca disini untuk faham mengenai agensi penarafan kredit: Fungsi Agensi Penarafan Kredit

Faktor-faktor yang menyumbang kepada penarafan ini adalah kerana Malaysia mempunyai perkembangan dalam keadaan sederhana dengan asas eksport yang pelbagai. Dalam masa yang sama, Kerajaan Malaysia sedang menjalankan beberapa perubahan struktur pentadbiran dengan perlahan serta mempunyai hutang kerajaan yang tinggi. Disamping itu, Malaysia mempunyai penanda pentadbiran yang lemah berbanding dengan negara-negara jiran yang berdekatan.

Ad

Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih baik dengan langkah-langkah kerajaan yang sedang berusaha mementingkan ketelusan dalam pentadbiran dan menangani kes-kes rasuah yang berprofil tinggi.

Fitch meramalkan pertumbuhan ekonomi akan sedikit berkurang untuk baki tahun ini akibat persekitaran antarabangsa yang semakin teruk. Namun, Malaysia mampu berkembang pada 4.4% untuk 2019 dan 4.5% pada 2020. Malaysia merupakan ekonomi kecil dalam rantau Asia. Tetapi, eksport yang pelbagai mengurangkan impak yang buruk dalam permintaan dalam beberapa sektor.

Ketegangan perdagangan akibat perang tarif antara AS dan China memberikan kesan yang buruk kepada Malaysia. Namun, perkara ini dapat diimbangi dengan memesongkan aktiviti perdagangan terutamanya sektor elektronik.

Sektor penggunaan swasta dijangka akan berkembang dan pelaburan awam diramalkan akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang selepas kerajaan berjaya dalam merunding beberapa projek infrastruktur seperti ECRL. Namun, jangkaan sektor pelaburan swasta dalam keadaan yang tidak menentu. Pelaburan langsung asing menunjukkan kekuatan untuk beberapa suku yang sebelum ini. Namun, pelabur akan sentiasa berhadapan dengan faktor luaran dan suasana politik dalam negara yang tidak menentu.

Perubahan sistem percukaian terutamanya langkah mengantikan GST kepada SST telah melemahkan kedudukan fiskal negara. Hasil yang berkurang akibat penukaran ini akan diimbangi dengan dividen khas yang diberikan oleh PETRONAS Berhad kepada kerajaan. Jangkaan fiskal deficit pada tahun 2019 adalah sebanyak 3.4% daripada KDNK.

Fitch meramalkan hutang kerajaan akan berkurang daripada 62.5% daripada KDNK pada tahun 2019 ke 59.3% pada tahun 2021. Fitch memasukkan hutang langsung kerajaan dan jaminan kerajaan sebagai hutang kerajaan. Jaminan kerajaan ini termasuklah hutang 1MDB.

Malaysia mempunyai lebihan akaun semasa sepanjang 20 tahun yang lepas. Fitch meramalkan trend ini akan berterusan walaupun lebihan ini akan berkurang ke bawah 2% daripada KDNK. Malaysia mempunyai rizab antarabangsa sebanyak USD 102.7 billion setakat hujung bulan Jue 2019.

Polisi monetari dijangka akan membantu aktiviti ekonomi, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan ‘Overnight Policy Rate’(OPR) sebanyak 25 mata daripada 3.25% kepada 3.0%. Fitch menjangkakan BNM akan memotong 25 mata lagi pada tahun 2020 akibat faktor luaran dan domestik yang tidak menentu.

Sektor perbankan dijangka akan kekal stabil. Hutang isi rumah yang tinggi pada 83% daripada KDNK akan berkurang dan sektor hartanah yang lemah seharusnya diurus dengan baik. Walaubagaimanapun, risiko tetap tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku kemelesatan ekonomi yang sangat teruk.

Source
Fitch Ratings. (2019, July 18). Fitch Affirms Malaysia at A-; Outlook Stable. Fitch Ratings

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button