Ekonomi

Adakah Rizab BNM Dikira Sebagai Aset Negara?

BNM ialah badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Seperti GLIC-GLIC yang lainnya diletakkan di bawah MoF. Terdapat juga agensi-agensi kerajaan yang lain diletakkan di bawah MoF. Ada yang penyeneraian awam dan ada yang tidak.

Contoh paling terdekat mengenai Prince Court Medical Center (PCMC) dijual kepada IHH Healthcare Bhd juga merupakan aset negara. Namun ianya di dalam bentuk pelaburan yang boleh dijual beli.

Namun beliau selalu menyatakan bahawa penjualan aset adalah aktiviti lazim korporat. Apapun, adakah membeli sesuatu aset pada harga tinggi dan dijual kepada orang lain pada harga yang rendah merupakan aktiviti lazim korporat. PCMC dibeli oleh Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd (dimiliki oleh Khazanah) pada harga RM 1.084 billion daripada PETRONAS dan dijual kepada IHH dengan harga RM 1.02 billion. Secara kasarnya, Khazanah rugi RM 66 juta daripada pembelian dan penjualan PCMC.

Berbalik semula pada isu rizab BNM. Adakah ianya digelarkan sebagai aset negara? Jawapannya, YA. Tapi, apa yang perlu difahami adalah rizab antarabangsa BNM hanya digunakan untuk mengawal tukaran matawang Ringgit Malaysia. Namun, BNM merupakan badan berkanun yang menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan peraturan aktanya sendiri. Selain itu, rizab BNM juga boleh digunakan untuk retain import dari luar negara, kawal kecairan dalam pasaran, kawal naik-turun Overnight Policy Rate (OPR).

BNM adalah ‘monetary body’. Aset yang ada bukan untuk dibelanjakan kepada aset-aset yang berbentuk pelaburan. Berbeza dengan Government Linked Investment Company (GLIC) yang boleh menjalankan pelbagai aktiviti pelaburan yang ada di Malaysia dan dunia. Setelah itu, keuntungan yang dijana oleh Khazanah akan diagihkan kepada kerajaan Malaysia melalui bentuk dividen dan dibelanjakan untuk belanjawan atau bajet tahunan negara.

Kunci utama yang kita perlu faham:
– BNM lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti monetari. Contohnya mempertahankan matawang Ringgit Malaysia.
– Khazanah lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti pelaburan yang akhirnya akan disumbangkan kepada Kerajaan Malaysia sendiri.

Dua-dua adalah aset negara.

Boleh lihat gambar di bawah untuk gambaran luas GLIC, GLC, agensi dan badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Liabiliti dan hutang nak guna accrual accounting. Aset pula nak diasing-asingkan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker