Isu Semasa

Adakah Peluang Pekerjaan Akan Terjejas Kerana BMBF

Media-media arus perdana dan sosial terutamanya yang berbahasa Inggeris kerap kali memberi naratif yang tidak tepat mengenai kempen Buy Muslim Bumiputera First (BMBF). Mereka mendakwa bahawa kempen yang dijalankan bertujuan untuk memboikot produk-produk bukan Bumiputera.

Sebetulnya, kempen yang dilaksanakan bertujuan untuk mengutamakan barangan Muslim dan Bumiputera yang ada di pasaran. Langkah ini bertujuan untuk meningkat taraf sosioekonomi orang Muslim dan Bumiputera di Malaysia.

Sebagai contoh, terdapat dua peniaga yang bernama Firdaus dan Frank. Kedua-duanya menjual jenis barangan yang sama iaitu roti. Namun. Firdaus mendapatkan rotinya daripada pembekal Muslim atau Bumiputera. Manakala, Frank pula mendapatkan rotinya daripada pembekal bukan Muslim atau Bumiputera. Rashid sebagai seorang Muslim Bumiputera menyokong kempen yang dijalankan akan membuat keputusan untuk membeli roti yang ada di di kedai Firdaus. Sekiranya, bekalan roti yang ada di kedai Firdaus telah habis. Rashid akan membeli roti yang ada di kedai Frank pula.

Seterusnya, peluang pekerjaan tidak akan terjejas sekiranya kempen boikot ini dijalankan. Sekiranya, kedai Frank terjejas akibat kekurangan pembelian rotinya yang akhirnya memaksa kedainya untuk mengurangkan saiz pekerja. Kedai Firdaus akan mengambil pekerja-pekerja yang dibuang. Kerana dalam masa yang sama, kedai Firdaus akan menerima aliran tunai yang besar dan memaksa kedainya untuk meningkatkan kapasiti perniagaan dengan mengambil pekerja-pekerja yang ada di kedai Frank.

Perkara penting yang umum perlu tahu adalah kempen ini bukan bermakna rakyat akan menyimpan duit mereka. Duit yang ada pada rakyat Malaysia tetap akan dibelanjakan untuk ekonomi Malaysia. Kitaran ekonomi akan terus berlaku dan tidak akan terjejas kerana rakyat masih berbelanja di dalam negara. Peluang pekerjaan tidak akan terjejas.

Sekiranya terdapat entiti perniagaan bukan Muslim dan Bumiputera terpaksa membuang pekerja mereka. Pasti pekerja-pekerja yang dibuang akan diperlukan untuk bekerja di entiti perniagaan Muslim dan Bumiputera kerana entiti perniagaan ini akan berkembang akibat sambutan kempen yang dijalankan

Justeru, rakyat tidak perlu risau apabila dimomokkan dengan berita-berita yang mengatakan peluang pekerjaan akan terjejas kerana kitaran ekonomi akan tetap berjalan seperti biasa. Sekiranya terdapat entiti perniagaan yang akan terjejas, pasti akan ada entiti perniagaan yang akan terus berkembang.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker