Ad
Umum

Adakah IHH Dijual Kerana Hutang Jepun?

Semalam YB Fuziah Salleh yang dulunya menjuarai dan yang lantang mengkritik Lynas telah mengeluarkan sebuah surat terbuka menjelaskan situasi sebenar berhubung kilang nadir bumi berkenaan dan mengatakan bahawa kerajaan tersepit berhubung isu Lynas kerana pihak yang mendapat manfaat daripada hasil nadir bumi diproses di kilang tersebut ialah Jepun.

Kononnya, kerana Jepun adalah negara yang meminjamkan wang kepada Malaysia dalam bentuk Bon Samurai sebab tu Lynas tidak boleh ditutup.

Beliau menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai punca hutang negara terlalu tinggi sehingga menekan negara untuk meminjam wang melalui Bon Samurai daripada Jepun.

Ad

Bila baca surat terbuka dan alasan samurai bon dan hutang kerajaan ni rasa nak tergelak pun ada.

Kenapa?

Mari saya senaraikan satu-satu.

1. Tiada siapa yang paksa Malaysia meminjam dari Jepun. Bukankah YB LGE juga yang tepuk dada kata bon samurai ini adalah bukti keyakinan pelabur Jepun terhadap ekonomi. pimpinan Tun M dan kerajaan Malaysia ke?

Siap sampai nak buat samurai bon yang kedua kot.

Apahal tiba-tiba sembang macam terpaksa pinjam pula?

2. Apa kena mengena dengan hutang negara yang terlalu tinggi pula ni?

YB menteri ni terlupa ke proceed atau hasil daripada Samurai Bon itu tidak digunakan untuk membayar hutang pun, ianya digunakan untuk perbelanjaan pembangunan yang antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur utiliti.

Bukan saya yang kata ok, ini MOF sendiri yang kata, tak percaya rujuk gambar. Tak pun baca apa yang penasihat PM pernah kata sebelum ini.

Jadi saya nak tanya sekali lagi, apa kena mengena Lynas, Samurai Bon dan Hutang Kerajaan?

3. Dalam YB buat-buat risau pasal hutang yang menyebabkan Lynas tak boleh ditutup.

Takkan YB tidak tahu Hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion akhir zaman BN kepada RM807 bilion sekarang.

Hampir seluruh kenaikan hutang RM120 bilion ini adalah dari bon kerajaan seperti MGS dan GG dengan purata RM10 bilion sebulan.

Kalau nak banding dengan hutang Samurai bon yang berjumlah RM7.4 bilion, sedikit sangatlah Samurai bon ni.

Boleh sahaja kerajaan pinjam guna bon kerajaan dari awal dulu, tidaklah tersepit dengan Jepun bagai sampai tidak boleh tutup Lynas ye dak? 

4. Menjadi persoalan, kalau benarlah punca Lynas tidak ditutup adalah kerana Samurai Bon, adakah Khazanah jual IHH kepada syarikat Jepun Mitsui juga kerana sebab yang sama?

Dijual ketika IHH berada dalam keadaan yang memberangsangkan dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion menghasilkan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) RM2.3 bilion?

Realized gain ke terpaksa?

Dan apakah selepas ini ada priority lane kepada syarikat dan negara Jepun dalam isu penjualan aset-aset negara kerana hutang budi samurai bon ni?

Kalau sebelum ni kononnya Malaysia dijual kepada China, kiranya sekarang Malaysia dijual kepada Jepun ke?

Akhir kata, kalau YB Fuziah tidak mahu orang gelakkan YB dan alasan samurai bon dan hutang negara adalah sebab Lynas tidak ditutup dalam surat terbuka YB ni.

Saya dengan rendah diri mencadangkan YB mengaku je YB telah TIPU rakyat Malaysia secara umumnya dan rakyat Kuantan secara amnya yang Lynas ni kononnya berbahaya (baca:boleh jadi mutan) dan sebenarnya kerajaan PH harini dah nampak yang Lynas ni tidak berbahaya pun sebenarnya, siap akan dapat tambah ‘duit poket’ kerajaan sebanyak RM175 juta apabila membenarkan ia terus beroperasi di Malaysia kelak.

Boleh YB? Please.

Posting ini telah dijatuhkan semalam kerana telah dilaporkan oleh pihak tertentu.

Source
Yeo: Decision on licence renewal for Lynas by Aug 15IHH dijual ketika prestasinya memberangsangkanECONOMIC AND FINANCIAL DATA FOR MALAYSIARM7.35bil Samurai bond to fund education, transport sectors, not repay national debts, says Kadir Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/11/rm735bil-samurai-bond-to-fund-education-transport-sectors-not-repay-national-debts-says-kadir#TiX1JlCJ6vkFimsW.99Malaysia sedia pertimbang terbit satu lagi Bon Samurai Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/18736/BERITA/Nasional/Malaysia-sedia-pertimbang-terbit-satu-lagi-Bon-Samurai?fbclid=IwAR1VtC9UMWtmX-ojOfQ6D1gSFqsn6xeVu8QcbW8nwvSX6GWYzSb0CJ4rPkA © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan KarangkrafIsu Lynas: Kerajaan tersepit kerana pinjaman Jepun, kata Fuziah Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41506/BERITA/Nasional/Isu-Lynas-Kerajaan-tersepit-kerana-pinjaman-Jepun-kata-Fuziah?fbclid=IwAR0wfvn-KY1Pb7IfNFenxHqv1hflUBS4k14uMfbdex2gQrLBo48lF9qGzYQ © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button