Polisi

Adakah GST Sistem Cukai Berganda? 6% x 3 = 18%?

Perkara pertama sekali yang perlu kita tahu adalah cukai SST hanya dikenakan pada peringkat pengilang sahaja dan ianya tidak claimable. Makanya cukai tersebut akan dibawa ke bawah yakni pemborong, peniaga dan akhirnya akan sampai juga kepada peringkat pengguna.

Tetapi biasanya pengguna sendiri tidak sedar berapa cukai yang mereka sudah bayar sebab ianya tidak dinyatakan secara jelas di dalam resit.

Sekarang mari kita kenal pula sifat-sifat GST ini.

1. Dalam GST ada cukai input dan output. Apa itu ada cukai input dan output?
Input = cukai yang pemborong dan peniaga atau mana mana peringkat kena
Output = cukai yang pemborong dan peniaga atau mana mana peringkat kenakan

Bacaan berkaitan: Benarkah Kutipan GST Membebankan & SST Akan Meringankan Beban Rakyat?

2. Pengiraan offset cukai input dan output dan sebaliknya.
Ada 2 kemungkinan untuk pengiraan ini iaitu:

a. Jika cukai input < cukai output
Pemborong ataupun peniaga kena bayar beza tersebut kepada kerajaan.

*Contoh pemborong dikenakan cukai RM6.00 daripada pengilang dan pemborong nak kenakan cukai kepada peniaga sebanyak RM6.36. Maka jumlah akhir GST yang pemborong perlu bayar adalah RM6.36- RM6.00 = RM0.36 sahaja.

b. Jika cukai input > cukai output
Kerajaan akan bayar (refund) beza cukai input tolak dengan cukai output yang pemborong ataupun peniaga kena bayar sebelum ini.

*Contoh pemborong bayar cukai RM6.00 dari pengilang masa beli barang dan nak dijadikan cerita pemborong jual barang dia kepada peniaga lebih murah dari harga kos, katakanlah kiraan cukai kepada peniaga nanti adalah sebanyak RM5.60. Maka jumlah GST yang pemborong akan dapat refund daripada kerajaan adalah RM0.40 = RM6.00 -RM5.60.

3. Di dalam sistem GST, cukai input tidak boleh dimasukkan ke dalam pengiraan kos. Maka pengiraan yang memukalkan jumlah kos yakni cukai input + kos adalah salah dan boleh didakwa atas akta pencatutan.

Di sinilah kerajaan lama kalah, sistem dah bagus tapi penguatkuasaannya teruk. Ada dalam kalangan pemborong/peniaga ambil kesempatan kiri kanan dengan guna perkiraan seperti ini. Maklumlah nak jaga margin keuntungan sebelum ni yang tidak payah bayar cukai. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker