Isu SemasaPolitik dan Polisi

7.8 Juta Pengundi Baharu Setiap Tahun Susulan Penurunan Had Umur Mengundi

1. Jumlah penduduk Malaysia pada 2019 adalah dianggarkan 32.6 juta orang berbanding 32.4 juta pada tahun 2018 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.6 peratus.

2. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29.4 juta adalah warganegara manakala 3.2 juta bukan warganegara.

3. Penduduk lelaki 2019 melebihi penduduk perempuan iaitu 16.8 juta (lelaki) dan 15.8 juta (perempuan). Pada 2019, nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan sama seperti tahun 2018.

4. 70 peratus daripada penduduk mengikut kumpulan umur pula adalah berumur di antara 15-64 tahun, dan baki 23 peratus pada umur 14 tahun ke bawah dan 6.7 peratus mempunyai umur melebihi 65 tahun ke atas.

5. Jika dilihat dari angka penduduk mengikut etnik pula, peratusan Bumiputera meningkat 0.02 peratus kepada 69.3 peratus berbanding Cina 22.8 peratus, India 6.9 peratus dan lain-lain pada 1.0 peratus.

6. Di dalam perkembangan lain, berikutan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun pada petang tadi, dijangkakan dengan pendaftaran secara automatik yang akan dilaksanakan bersekali dengan penurunan had umur mengundi 18 tahun, seramai 7.8 juta pengundi baharu akan dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih tiap tahun sehingga tahun 2023.

7. Dengan kata lain, Kerajaan menjangkakan untuk lima (5) tahun akan datang, jumlah pengundi pada tahun 2023 akan meningkat lebih daripada 50 peratus yang akan menjadikan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU-15 kelak adalah pada angka 22.7 juta pengundi, berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU Ke-14 tahun 2018.

Sumber
Ucapan YAB Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, Bacaan Kali Yang Kedua, pada 16 Julai 2019)DOSM
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker