Ad
Umum

5 Trivia Pengisytiharan Harta Ahli Parlimen

1. Aset YB Lim Guan Eng hanya ada RM1,350,694.98, tapi ada Banglo bernilai RM4.27 juta.

Menteri Kewangan hanya isytihar aset beliau dan isteri sebanyak RM1.35 juta sahaja sedangkan umum tahu banglo kontroversi yang beliau beli dengan harga RM2.5 juta itu kalau mengikut nilai pasaran semasa adalah pada harga RM4.2 juta.

Kalau pun kita mengambil kira aset tu dari segi nilai bersih, kita tolak baki hutang aset berkenaan sekali pun, nilai aset LGE sudah pastinya akan lebih RM2 juta (nilai pasaran semasa tolak baki pinjaman).

Ad

Ini belum masuk simpanan lain dan aset lain, tidak mungkinlah tiada sebarang simpanan, 7 tahun jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. itu belum kira elaun jadi ahli lembaga pengarah member puluhan GLC negeri berkenaan.

2. Aset YB Wan Azizah dan DS Anwar Ibrahim yang tidak imbang.

Keduanya YB berkenaan buat pengisytiharaan harta suami isteri, tapi bila disemak,

  • Harta YB Wan Azizah Suami Isteri – RM 1,141,562.32
  • Harta YB Anwar Ibrahim Suami Isteri – RM 10,748,658.83

Yang membezakan hanyalah tarikh pengisytiharaan di antara keduanya, mungkin DSAI jual saham atau rumah beliau barangkali? 

3. Menteri Pelancongan orang miskin dan tidak ada harta.

Tahukah anda bahawa menteri pelancongan kita, YB Mohamaddin Ketapi, pernah kata dia tidak memiliki harta untuk diisytiharkan kepada SPRM.

Ini jawapan beliau ketika ditanya pada oleh wartawan pada Disember lalu,

“Saya dah bagi (isytihar) semua (pada SPRM). Apa nak saya isytiharkan lagi kalau tak ada harta. Awak jawab saya.

“Saya tak ada harta. Tak ada (kereta atau rumah). Saya orang miskin.

“Disebabkan itu, tiada apa untuk saya isytiharkan. Orang miskin mana ada harta”

Diharapnya dengan gaji RM 51,326.91 yang diterimanya kini, beliau mampu untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah basikal.

4. Bukan seorang sahaja YB kita yang ‘miskin’ dan tiada harta.

Selain daripada YB Mohamadin Ketapi, ada 2 orang lagi YB yang tidak ada aset langsung hatta sebijik basikal, mereka adalah terdiri daripada YB Wong Tack dari Bentong yang terkenal dengan kempen menentang Lynas beliau dan juga YB R.S.N Rayer.

Persamaan kedua-duanya adalah dari parti DAP. Tak sangka zuhud-zuhud ahli parlimen DAP rupanya.

5. YB Waytha Moorthy kini sudah ada ‘harta’.

Jika sebelum ini YB menteri perpaduan kesayangan kita semua pernah berkata bahawa beliau tiada harta (baca:aset) untuk diisytiharkan kerana kesemua harta dan wangnya telah dibelanjakan untuk masyarakat India miskin di Malaysia. Semakan terbaru mendapati bahawa beliau kini telah mempunyai aset sebanyak RM105,000.00.

Tahniah diucapkan, menabung amalan mulia YB.

Mungkinkah aset ini adalah berkat beliau menyimpan 2 bulan gaji beliau yang berjumlah RM48,736.48 sebulan?

Source
PORTAL PERISYTIHARAN HARTASPRM terkejut mahkamah gugurkan kes Lim Guan EngSaya orang miskin, tak ada harta - Mohamaddin Ketapi Saya tak ada harta - Waytha Moorthy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button