Kewangan

5 Perkara Anda Perlu Buat Untuk Hadapi Kemelesetan Ekonomi

Siapa yang mahukan ekonomi kita meleset. Tapi, ini lah perkara yang kita tidak boleh elak dan pasti akan berlaku kerana ada satu masa ekonomi akan memperbetulkan keadaannya tersendiri (economy will correct itself).

Dalam Al-Quran, surah Yusuf juga ada menceritakan bagaimana kitaran ekonomi yang terdiri daripada 7 tahun musim menanam, 7 tahun kemarau dan kemudian musim hujan (masa untuk menuai hasil).

Berikut antara persediaan yang anda boleh lakukan.

Pastikan Kesayangan Anda Terpelihara

Jika anda ada tanggungan seperti anak, isteri, mak ayah atau keluarga terdekat, pastikan anda menyediakan perlindungan takaful untuk diri anda sendiri.

Ini supaya jika berlaku sesuatu yang tidak diduga pada diri anda sehingga anda hilang punca pendapatan seperti sakit kritikal atau meninggal dunia, tanggungan anda boleh meneruskan hidup sementara mencari ganti punca pendapatan dengan menggunakan pampasan takaful anda.

Bila bincang soal persediaan untuk hadapi krisis ekonomi, anda perlulah ambil pakej takaful yang murah harganya dan manfaatnya mencukupi untuk lindung perkara yang penting dulu. Tetapkan prioriti terlebih dahulu dan bandingkan harga dengan operator yang lain.

Dengan teknologi zaman sekarang ni, ada pelbagai cara untuk kita buat bagi mendapatkan pakej takaful yang terbaik dari segi harga dan manfaatnya.

Tingkatkan Tabung Kecemasan

Biasa kita dengar tabung kecemasan paling minima adalah 3-6 bulan gaji kita.

Bagi pemilik bisnes pula disarankan ada dana kecemasan bersamaan setahun kos operasi. Ini supaya jika bisnes tidak rancak ketika ekonomi meleset, dana kecemasan tadi boleh digunakan bagi menampung operasi bisnes selama setahun.

Tidak terhenti disitu, anda kena terus tingkatkan dana kecemasan anda. Jika anda ada buat pelaburan berkala setiap bulan, dicadangkan untuk berhenti seketika dan alihkan kepada instrumen berbentuk simpanan atau fix deposit.

Potong Perbelanjaan Yang Tidak Perlu

Dalam situasi ekonomi sebegini, anda sebenarnya perlukan kemahiran menentukan prioriti sahaja. Tidak perlu pening-pening.

Senaraikan perbelanjaan bulanan, dan tenung senarai tu dalam-dalam sambil tanya diri sendiri, kalau perbelanjaan tersebut dipotong, anda mati tak? Contonya seperti bil ‘afro’. Ada banyak alernatif untuk gantikan saluran televisyen berbayar yang lebih murah. Nak percuma, layan Youtube pun dah memadai.

Tingkatkan Pendapatan

Jika anda biasa baca blog-blog kewangan, majoriti suruh buat kerja tambahan untuk dapatkan pendapatan sampingan.

Ramai yang tak perasan, sebenarnya anda boleh tingkatkan pendapatan dengan kerja anda yang sedia ada. Caranya adalah pastikan prestasi kerja anda diluar jangkaan majikan. Dengan cara ini, majikan akan bertambah suka dengan anda. Tapi nak naikkan gaji tak semudah itu. Ada strateginya.

Dalam masa yang sama, anda boleh mula mohon kerja daripada syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Jika anda terpilih dengan kemahiran anda yang sukar diperoleh, ketika itulah anda boleh hantar surat berhenti kerja. Majikan pasti akan counter offer kerana prestasi anda bagus dan pertimbangkan tawaran baru dengan gaji di syarikat baru, mana yang lebih bagus. Jika majikan tak counter offer pun, gaji di syarikat baru tu lebih tinggi. Orang putih kata, nothing to lose.

Mula Hapuskan Hutang

Nak hapuskan hutang ni jangan tunggu bila nak bersara sahaja. Selagi anda ada kemampuan, selesaikan hutang yang jahat terlebih dahulu.

Strategi penting ketika ekonomi meleset adalah pertingkatkan aliran tunai. Dengan adanya duit lebihan yang banyak, anda tidak akan merasa terhimpit walaupun harga barang meningkat contohnya.

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan disini, dua perkara penting anda kena ingat iaitu tingkat aliran tunai yang positif dan tingkatkan simpanan sebanyak yang boleh. Jika aliran tunai positif anda banyak, ketika orang sibuk menjual, anda boleh pertimbangkan peluang ini untuk melabur.

Orang yang bijak, dia akan tunggu peluang sebegini.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker