Teknologi

5 Pekerjaan Kewangan Yang Terjejas Disebabkan FinTech

Financial Technology (Fintech) adalah gabungan penggunaan teknologi dalam sistem kewangan. Bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim pernah memberi ucapan tentang peringatan kepada bank-bank di Malaysia akan ancaman atau saingan daripada FinTech, sambil memetik laporan daripada McKinsey bahawa sebanyak 10-40% revenue bank bakal terjejas menjelang 2025 disebabkan inovasi FinTech.

When you can’t beat them, Join them

Itu lah yang dilakukan oleh bank-bank hari ini. Menurut data dari Accenture, sebanyak $5.3 bilion telah dilaburkan dalam perkembangan Fintech pada suku pertama 2016. Sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 67% berbanding suku pertama 2015. Kebanyakannya datang daripada pelaburan institusi-institusi kewangan tradisional dimana menunjukkan kolaborasi mereka dengan syarikat startup FinTech untuk kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran.

Usahasama ini diperkuatkan lagi oleh sokongan BNM dengan penubuhan badan penyelia peraturan dan undang-undang FinTech di Malaysia iaitu sandbox. Selain itu, pasukan pakar IT iaitu Financial Technology Enabler Group (FTEG) juga ditubuhkan untuk pembentukan dasar.

Bila jerung dah masuk, bilis pula lah yang terjejas. Begitulah realiti yang berlaku. Antara perkerjaan yang terjejas adalah seperti berikut.

Pegawai Bank

Dengan kemajuan FinTech, kebanyakan saiz operasi bank-bank telah dikecilkan. Sehinggakan ada pegawai bank tahap atas diturunkan menjadi pegawai pemasaran.

Antara pegawai bank yang paling terkesan adalah pegawai pemasaran kad kredit. Dalam era FinTech, kini kita sudah ada aggregator (platform perbandingan) kad kredit yang terdapat di Malaysia. Contohnya imoney, loanstreet dan lain-lain.

Saiz operasi dikecilkan untuk mengoptimumkan kos, ditambah revenue yang semakin berkurang. Ini kerana, segmen FinTech seperti pembayaran digital menyebabkan pelanggan tidak lagi simpan duit di bank. Sebaliknya menggunakan aplikasi-aplikasi di luar bank seperti pembayaran P2P (PayPal) dan e-wallet.

Remisier

Zaman buat pembelian saham melalui telefon sudah pun berakhir. Kini, pelabur boleh lakukannya dihujung jari sahaja.

Pada 2018, Rakuten Trade, hasil kerjasama Rakuten Securities daripada Jepun dengan Kenanga Investment Bank telah dinobatkan sebagai syarikat Fintech terbaik tahunan.

Rakuten merupakan syarikat broker ekuiti dalam talian sepenuhnya yang pertama di Malaysia. Kalau kita nak buka akaun CDS dengan broker yang lain, kita masih perlu isi borang manual. Kini, Rakuten kita boleh daftar terus melalui online. Walaupun terdapat beberapa kekurangan sebagai akaun jenis nominee.

Dengan persaingan digital ini, kebanyakan remisier telah membuat kelas-kelas saham untuk mencelikkan pelabur seterusnya meggalakkan mereka melabur. Semakin kerap dan banyak mereka labur, semakin tinggi pendapatan remisier akan peroleh.

Ejen Unit Trust

Seperti mana kita tahu, baru-baru ini KWSP telah memperkenalkan i-Invest dalam portal KWSP dengan caj bermula 0-0.5% berbanding melalui ejen iaitu sebanyak 3%.

Kebiasaannya ejen akan memperoleh separuh daripada 3% iaitu 1.5 – 2% sebagai komisyen. Selebihnya sebagai kos penyeleggaraan syarikat amanah saham.

Bagi mereka yang dah lama dalam industri mungkin tidak terkesan kerana hubungan ejen dengan pelanggan yang baik, masih dapat memastikan pelanggan tetap melabur melalui mereka. Disamping komisyen bulanan secara pasif yang diperoleh iaitu lebih kurang 1% setahun memastikan mereka boleh terus kekal dalam industri.

Jika jumlah jualan sebanyak RM5 juta setakat ini, setahun jadi RM50,000. Bahagikan dengan 12, setiap bulan ejen memperoleh lebih kurang RM4,000. Yang dah lama tiada masalah, yang baru nak masuk itu yang mencabar sedikit.

Ejen Insuran/Takaful

Halnya sama seperti ejen unit trust. Yang dah lama tak jadi masalah, sebab dah ada pelanggan yang ramai dan setia membayar takaful dan insuran bulanan dimana komisyen diperoleh selama 6 tahu yang pertama. Manakala yang baru mungkin agak mencabar dengan ada nya presentasi secara online.

Contohnya seperti insuran/takaful kenderaan , kita sekarang boleh beli terus online. Siap boleh buat perbandingan mana yang lebih murah dan manfaat yang tinggi. Dalam hal kad medikal dan insuran nyawa, sekarang ni dah mula nampak bibit-bibit pembelian online.

BNM telah mengeluarkan ketas kerja tentang framework takaful dan insuran yang baru semenjak 2015 lagi. Salah satunya adalah kewajipan untuk menyediakan pengedaran produk secara terus daripada syarikat tanpa melalui ejen. Hal ini akan berkuatkuasa pada tahun 2020. Dengan ini, kos pengantara (komisyen ejen) dapat dikurangkan seterusnya menjadikan produk ini harga mampu milik bagi bakal pencarum.

Ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk tingkatkan penembusan pasaran bagi insuran, khususnya takaful dimana penembusan pasarannya hanya 15% sahaja. Masih ramai yang tidak mempunyai perlindungan kewangan.

Kemungkinan, akan ada dalam masa terdekat platform aggregator untuk takaful pula.

Penasihat Kewangan Berlesen

Sejajar dengan framework yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, antara cabang pengedaran produk kewangan yang lain adalah melalui penasihat kewangan berlesen. BNM juga telah memperkasakan hal ini.

Walaubagaimanapun, dengan kehadiran FinTech kemungkinan akan ada RoboAdvisor yang boleh ambil alih tugas seorang penasihat kewangan berlesen.

Persaingan kini bukan lagi sesama manusia, tetapi artificial intelligent atau robot. Namun, perubahan ini ambil masa dan untuk jangka masa pendek mungkin boleh bertahan. Untuk jangka masa panjang, renung-renungkan lah.

Contohnya pembayaran tol tanpa tunai. Masih ada lagi pengguna yang ingin tambah nilai secara tunai di tol. Oleh itu, pengurangan kaunter tambah nilai dikurang sedikit demi sedikit. Jurutol juga dikurangkan.

Proses ni memerlukan pendedahan secara berperingkat dan yang pastinya ia sentiasa berevolusi. Apa pula persediaan kita ? Boleh bincangkan lagi apa pekerjaan yang terkesan dengan FinTech.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker