Kewangan

5 Nasihat Jesse Livermore Kepada Pelabur

Pedagang (trader) paling hebat yang Wall Street pernah lihat adalah Jesse Livermore, beliau berjaya meraih USD100 juta dengan shorting saham masa 1929. Sekarang ini lebih kurang USD2 billion sekarang.

Ada beberapa nasihat beliau yang agak pelik tapi kalau anda sudah biasa dengan pasaran, anda akan faham apa yang dia maksudkan.

1) Beli saham yang sedang meningkat dan jual saham yang menurun

Macam pelik kan bunyinya? Biasa orang kata beli saham yang sedang jatuh dan jual saham yang meningkat. Beliau bagi nasihat terbalik pula. Yang sebenarnya apa beliau cakap adalah betul sebab pasaran bergerak dalam trend. Kalau pasaran bergerak uptrend, dia akan sentiasa ikut dan kalau dia jatuh, dia akan terus jatuh. Boleh kata hampir semua pedagang yang berjaya sebab ikut trend and jarang pedagang berjaya sebab jadi contrarian.

2) Berjual beli setelah pasaran memberikan kepastian

Pelabur baru biasanya cuba membeli saham pada harga betul-betul rendah dan jual pada harga tinggi. Sebenarnya memang tidak boleh nak buat macam tu. Cara paling senang ialah ambil tindakan apabila pasaran bagi kepastian (confirmation). Kadang kita rasa kita jual paling tinggi, ada kemungkinan kita terlepas untuk keuntungan yang lebih banyak.

Bacaan berkaitan: 11 Figura Sukses Akademik & Menjadi Antara Orang Terkaya Di Dunia

3) Jangan puratakan kos

Haaa, ini mesti ramai yang macam rasa eh, betul ke!!! Warren buffet cakap kena gunakan teknik dollar averaging cost. Siapa yang betul? Anda kena faham dua ini adalah orang yang berbeza. Jesse livermore dagangkan duit sendiri, jadi penilaian risikonya lain. Beliau tidak mempuratakan kos. Kalau dalam aktiviti perdagangan, tindakan ini akan menyebabkan kerugian. Beliau akan terima kerugian tersebut dan cut loss.

4) Bila pasaran mencecah ketinggian baru (new high), beli lagi. Bila pasaran cecah paras rendah baru (new low), jual dan jangan beli.

Sama seperti no 1.

5) Pasaran tidak pernah salah, jangkaan selalu salah

Kalau pasaran bergerak berlawanan dengan jangkaan kita, itu bermakna jangkaan kita itu salah.

6) Jangan ‘berharap’ dalam pasaran.

Jangan mengharap dalam aktiviti perdagangan. Kita ikut perancangan kita dan jangan lah mengharap pasaran akan ikut perancangan kita. Kita yang kena ikut pasaran.

Jesse Livermore mati bunuh diri sekitar tahun 1940. Beliau bunuh diri sebab dia rugi USD 100 juta. Kenapa dia rugi? Sbb beliau gagal mengikut nasihatnya sendiri. 

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker