Politik

5 Jawapan Kepada Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cakap pembangkang cuba lawan dengan alihkan isu kepada isu ‘arwah’ dan suruh pembangkang jawab 5 soalan dia.

Tak apalah saya jawabkan.

1) Pakatan Harapan anti Melayu tapi peruntukkan pada Bumiputera naik RM 8 billion. Kalau nak dibandingkan dengan Bajet 2018 (zaman BN) dengan Belanjawan 2020 (zaman PH). Kerajaan BN peruntukkan lebih kurang RM 4.9 billion pada tahun 2018.

Tapi, sekurang-kurangnya kita perlu tahu BN peruntukkan RM 2.4 billion pada UiTM untuk menambah bilangan pelajar UiTM kepada 250,000 orang pelajar pada tahun 2020 berbanding 165,000 pada tahun 2018. Kerajaan dah bina 6 buah kampus baru untuk UiTM supaya sasaran pelajar seramai 250,000 dapat dicapai.

antara UiTM yang dibina;
– Kampus Puncak Alam Fasa 2
– Kampus Samarahan 2
– Kampus Pasir Gudang
– Kampus Jasin
– Kampus Seremban
– Kampus Tapah 2

Salah satu perkara yang pelik dalam Belanjawan 2020, YB Syed Saddiq cakap kerajaan sekarang bantu Bumiputera. Tapi, kerajaan PH bagi RM 2.0 billion untuk PINJAMAN kepada 50,000 pelajar Bumiputera dalam Belanjawan 2020.

Berbanding kerajaan BN dalam Bajet 2018, sebanyak RM 2.5 billion diperuntukkan untuk memberi BIASISWA kepada 90,000 pelajar Bumiputera.

Kata tolong Bumiputera tapi bagi pinjaman. Kalau betul cakap bantu Bumiputera. Sepatutnya bagi BIASISWA bukan PINJAMAN!

FELDA:
FELDA mengalami penurunan harga minyak sawit mentah akibat Kerajaan PH mempermainkan kontrak-kontrak daripada negara China. Seperti projek ECRL dan Pipeline Trans Sabah.

Disebabkan itu, kerajaan China telah mengurangkan import minyak sawit mereka dari negara Malaysia. Pada tahun 2017, Kerajaan China mengimport lebih kurang 1.917 juta tan metrik. Pada tahun 2018, China mengimport lebih kurang 1.859 juta tan metrik.

Sebelum itu, Harga Buah Tandan Segar pada 30 April 2018 adalah RM 510 (Masa zaman BN). Sekarang, harga purata Buah Tandan Segar adalah RM 420.

Disebabkan penurunan permintaan dan harga minyak sawit sewaktu zaman PH, Maka peneroka FELDA dan FELDA sendiri mengalami masalah kehilangan punca pendapatan. Setelah itu, kerajaan dalam Kertas Putih FELDA meminta suntikan dana sebanyak RM 6.23 billion

Pada zaman FELDA dipengerusikan oleh Tan Sri Shahrir Samad, FELDA menerima tawaran bon sebanyak RM 4.0 billion dengan penarafan ‘AAA’ daripada sebuah bank tempatan. Paling penting, FELDA tak perlu mendapatkan suntikan dana daripada kerajaan.

Justeru kerosakan FELDA ini disebabkan kerajaan yang mempermainkan kontrak-kontrak dari negara China.

Tabung Haji:
Tabung Haji pula cerita yang hampir serupa. Kebanyakan aset TH dilaburkan dalam Bursa Malaysia. Sebelum PRU14, mata indeks Bursa Malaysia berlegar sekitar 1890 mata. Terbaru, indeks Bursa Malaysia berlegar sekitar 1590 mata. Penurunan lebih kurang 300 mata.

Apabila indeks Bursa Malaysia menurun, maka aset TH mengalami penurunan nilai aset. Siapa punya angkara. Pemerintahan PH lah yang menyebabkan penurunan mata indeks Bursa Malaysia menurun.

Jadi, kerajaan telah menubuhkan sebuah SPV yang dinamakan sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dengan menerbitkan sukuk sebanyak RM 27.56 billion dengan tempoh matang selama 10 tahun untuk membeli aset TH yang bernilai lebih kurang RM 10 billion.

Jadi,
= RM 27.56 billion – RM 10 billion
= RM 17.6 billion

Namun, sukuk yang diterbitkan adalah ‘zero coupon sukuk’. Maka, sukuk yang diterbitkan bernilai ‘diskaun’ iaitu RM 19.9 billion untuk membeli aset TH. Kelemahan zero coupon sukuk adalah tiada pulangan setiap tahun. Jadi, cashflow TH akan berada dalam keadaan bahaya setiap tahun.

Malangnya, aset TH dah dipindah kepada (UJSB). Tapi, TH akan dapat RM 27.56 billion pada tahun 2029 akan datang. Dalam masa yang sama, sukuk ini tidak dijamin oleh kerajaan.

Kalau UJSB bankrap dan sukuk terpaksa ‘default’. TH ternganga tak dapat apa.

Macam mana, Syed Saddiq dapat angka RM 24 billion. Sukuk UJSB (RM 17.6 billion) + suntikan dana FELDA (RM 6.23 billion) = RM 23.83 billion (dibundarkan jadi RM 24 billion)

Ikutkan, kerajaan tak selamatkan TH pun. Sebab sukuk ini tidak dijamin oleh kerajaan.

2) Pakatan Harapan anti Islam tapi naikkan peruntukkan kepada RM 1.2 billion.

Sebenarnya, bukan peruntukkan menjadi isu dan sentimen. Tapi, keceluparan pemimpin DAP seperti YB Wong Shu Qi (AP Kluang) yang menuduh tulisan Jawi digunakan untuk bahan porno dan penyebaran aktiviti ekstremis Islam.

Tak apalah, saya jawab juga soal peruntukkan. Dalam Bajet 2018, Kerajaan BN memperuntukkan sekitar RM 739 juta untuk menegak agama Islam.

Kalau dilihat untuk Belanjawan 2020, kerajaan PH cuma ‘recycle’ Bajet 2018. Kerajaan BN bagi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM 1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan
guru takmir. Kerajaan PH bagi hanya RM 500 kepada golongan ini.

Peruntukkan naik, tapi bantuan turun.

3) Dr. Wee Jeck Seng hanya bahas 11 kali dan 19 minit sahaja.

Dr. Wee Jeck Seng bukan kaki debat dan populis macam YB. Walaupun beliau kurang berbahas dalam Parlimen. Tapi, kewujudan beliau dirasai oleh penduduk Tanjung Piai. Banyak bantuan untuk infrastruktur dan masjid di kawasan Parlimen Tanjung Piai diberi oleh Dr Wee Jeck Seng.

4) Kalau UMNO berubah, kenapa angkat Datuk Zahid dan Datuk Najib sebagai pemimpin yang ada kes rasuah.

Mereka sedang dibicarakan oleh mahkamah dan keputusannya pun belum ditentukan lagi. Yang paling busuk sekali adalah kes Banglo YB Lim Guan Eng yang dibeli di bawah harga pasaran. Harga pasaran RM 4.27 juta tapi dibeli pada harga RM 2.5 juta daripada Phang Li Koon.

Dalam masa yang sama, Phang Li Koon mendapat kelulusan menukar zon tanah pertanian kepada zon tanah perumahan am.

Dalam kes ini, PH bukan sahaja membela aktiviti korupsi YB LGE. Tapi, melacurkan sistem perundangan negara Malaysia apabila Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan sebelum dibuktikan bersalah.

5) Kenapa BN tak bentangkan Belanjawan Alternatif.

Tak perlulah. PH dari dulu lagi kaki sembang. Bila bentang Bajet Alternatif boleh kurangkan defisit fiskal. Bila memerintah defisit fiskal naik.

kita tengok gambarajah di bawah macam mana kerajaan BN menurunkan defisit fiskal sebanyak 6.7% pada tahun 2009 sehingga 3.0% pada tahun 2017. Sepatutnya dah capai 2.8% pada tahun 2018. Tapi, naik 3.7% bila kerajaan PH ambil alih dan mengantikan GST kepada SST.

Pada tahun 2019, defisit fiskal adalah 3.4%. Manakala sasaran defisit fiskal untuk tahun 2020 adalah 3.2%. Kalau diikutkan dalam Kajian Separuh Penggal RMK11, sasaran defisit fiskal adalah 3.0% pada tahun 2010. Tapi, sasaran defisit fiskal tersasar sampai 3.2% dalam Belanjawan 2020.

Kerajaan BN menyasarkan, Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Tapi, bila PH ambil alih kerajaan, entah bila negara dapat capai status tersebut pun kita tak tahu.

Tak sampai 2 tahun memerintah lagi, dah mengata orang tak ada solusi.

Kesimpulan, sudah-sudahlah YB jadi populis. Saya pun anak muda Malaysia. Tapi, YB hanya bertindak sebagai seorang populis berbanding realistik.

Nak tanya lagi, mana 1 juta peluang pekerjaan?

Dah ada solusi tak?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker