Ad
Umum

4 Sumbangan Kerajaan Negeri Johor Sebelum Ini

Terdapat banyak sumbangan yang buah fikiran yang telah dilaksanakan oleh mantan Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sewaktu memerintah negeri Johor. Negeri tersebut mencatatkan perkembangan ekonomi yang sangat memberangsangkan dan menerima limpahan ekonomi ke seluruh negeri tersebut.

Berikut adalah 4 sumbangan terbesar beliau sewaktu berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor;

  1. Pertama, perkembangan ekonomi yang meningkat setiap tahun semenjak menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 2013. Ketika itu, nilai KDNK negeri Johor adalah sebanyak RM 87.9 billion dan meningkat kepada RM 104.48 billion pada tahun 2016. Purata peningkatan KDNK sepanjang tempoh ini adalah 5.9% dan nilai ini lebih besar daripada purata peningkatan KDNK Negara Malaysia iaitu sebanyak 5.1% dalam tempoh yang sama.
  2. Kedua, beliau menjadikan Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor pembuatan. Nilai terkumpul dari tahun 2013 hingga 2017 adalah sebanyak RM 114.9 billion dalam sektor ini. Jumlah pelaburan terbesar pernah dicatatkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM 31.3 billion. Kesan ini memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Johor terutamanya dalam peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.
  3. Ketiga, beliau menyediakan program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada rakyat Johor. Johor antara salah satu negeri yang menerima pelaburan dalam sektor hartanah terutama di kawasan Iskandar Puteri. Kebanyakan harga rumah di kawasan tersebut bersifat ‘mampu tengok’. Justeru, Dato’ Khaled menyediakan pakej RMMJ kepada rakyat Johor. Sebanyak 100,000 buah unit rumah disasarkan telah siap dibina pada tahun 2023 dan 16,010 buah rumah telah pun siap dibina. Baki sebanyak 83,990 buah unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2023. RMMJ menawarkan 3 pakej rumah yang berharga dari RM 42,000 hingga RM 150,000.
  4. Keempat, beliau telah berjaya meningkatkan tanah rizab Melayu sehingga 30% daripada keluasan negeri Johor. Pada tahun 2012, jumlah kawasan tanah rizab Melayu di Johor adalah sebanyak 294,000 hektar atau 16% daripada keluar negeri tersebut. Pada tahun 2017, keluasan tanah rizab Melayu telah ditingkat sebanyak 555,918 hektar atau 30% daripada kawasan negeri tersebut.

Jelas sekali, sumbangan Dato’ Khaled Nordin sangat besar kepada negeri Johor sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar negeri tersebut. Diharapkan pencapaian beliau dapat diteruskan dan menunjuk peningkatan dalam pemerintahan parti terbaru ini.

Ad

Source
Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim. (2018). Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018: Membangun Dekad Baharu Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button