Kewangan

4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengambil Pinjaman/Pembiayaan

Apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan apabila kita mahu mengambil sebarang pinjaman? Kebiasaannya antara perkara yang kita lihat adalah kadar faedah/keuntungan dan juga bayaran bulanan sahaja. Jarang sekali kita melihat kepada faktor lain yang tertakluk dalam kontrak pinjaman. Yang penting pinjaman kita lulus, perkara-perkara lain tidak diendahkan.

Berikut adalah 4 perkara yang perlu kita sebelum mengambil sebarang pinjaman/pembiayaan.

1. Adakah pinjaman tersebut pembiayaian islamik atau pinjaman konvensional?
Pastikan kita memilih pembiayaan islamik dan bukannya pinjaman konvensional bagi mengelakkan unsur riba. Ini adalah alternatif terbaik yang ada setakat ini.

Tidak kiralah sama ada kita ingin memohon pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit atau ASB financing, kesemua ini boleh didapatkan dalam bentuk pembiayaan islamik.

Jika kita tidak pasti sama ada pinjaman sedia ada islamik atau konvensional, periksalah semula pinjaman kita. Jika pinjaman kita masih dalam kontrak konvensional, maka beralihlah kepada pembiayaan Islamik.

2. Kadar rata (flat rate) atau kadar efektif (effective rate)
Kadar rata kebiasaannya digunakan bagi pembiayaan kereta dan peribadi. Kadar efektif pula biasa digunakan bagi pembiayaian rumah dan ASB.

Secara kasarnya, kadar rata adalah dua kali ganda lebih mahal berbanding kadar efektif.

Kadar rata = 2 x kadar efektif

Sebagai contoh, 5% kadar keuntungan bagi pinjaman kereta adalah dua kali lebih mahal berbanding 5% bagi pinjaman rumah.

3. Kadar keuntungan (profit rate)
Selain itu kita juga perlu tahu berapakah kadar keuntungan bank. 

Bagi pembiayaan Islamik, kebiasaannya di dalam perjanjian kadar keuntungan akan ditulis seperti di bawah:
BR+Profit rate=5%
3.5% + 1.5% = 5%


BR : Kadar asas (base rate). Kadar asas adalah kadar yang tidak tetap dan boleh berubah-rubah mengikut keadaan semasa. (Contohnya kadar akan meningkat jika BNM menaikkan OPR).

Bacaan berkaitan: Kenapa Bank Pusat Menurunkan Atau Menaikkan Kadar Faedah

Kadar keuntungan pula adalah tetap dan tidak akan berubah.

Bagi pembiayaian Islamik, kadar keuntungannya dilettakan maximum capping pada 10%. Jumlah pembiayaan akan dikira berdasarkan maximum capping. Sebab itu ada sesetengah orang mengatakan yang pembiayaan Islamik ini lebih mahal berbanding pinjaman konvensional.

4. Tempoh pinjaman
Akhir sekali kita perlu tahu berapa lamakah tempoh pinjaman bagi mengira jumlah kadar keuntungan yang perlu dibayar kepada bank.

Lebih panjang tempoh pinjaman lebih banyak jumlah keuntungan yang kita perlu bayar.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker