Komentar

3 Strategi Jangka Panjang Syarikat Kereta Api

Oleh: Izmi Saifuddin

Permasalahan seperti kesesakan lalu lintas, isu keselamatan dan kemalangan yang semakin meningkat di atas jalan raya dan permintaan yang tinggi supaya penghantaran barang-barang dapat dihantar dengan cepat menyebabkan masyarakat sangat mengutamakan sistem pengangkutan awam menjadi sangat efisyen, berkesan dan selamat digunakan.

Berdasarkan kajian dibuat oleh Hafiza et al (2017), pengangkutan kereta api awam di Malaysia terbahagi kepada tiga kriteria, bandar (urban), subbandar (sub-urban) dan luar bandar (luar bandar). Bagi pengangkutan kereta api bandar, ini boleh di lihat menerusi contoh-contoh seperti Laluan Kelana Jaya (87.2 juta pengguna bagi 2018) dan KL Monorail (12.5 juta pengguna bagi 2018) bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Lembah Klang.

Bagi kawasan disub-bandar, pembinaan kereta apiseperti MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan KTM Laluan Pelabuhan Klang mengambil faktor terdapat migrasi bagi penduduk di sekitar kawasan Lembah Klang yang memilih untuk mencari kawasan tempat tinggal yang kurang kepadatan kawasan seperti di Rawang, Bangi, Shah Alam, dan Nilai. Manakala pembinaan kereta api awam bagi kawasan luar bandar disebabkan untuk menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar.

Ini boleh mengambil contoh KTM ETS yang mendapat populariti (4.14 juta penumpang bagi 2017) bagi perhubungan pengangkutan awam yang selesa diantara Lembah Klang ke negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Namun demikian, setakat ini tiada kajian yang dibentangkan kepada masyarakat awam samaada pengangkutan kereta api awam di Malaysia mapan / sustainable pada masa hadapan.

Mengambil contoh, Prasarana Malaysia Berhad mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM2.47 billion bagi 2017 dan RM2.11 billion bagi 2016, trend ini agak membimbangkan memandangkan Prasarana merupakan syarikat dibawah naungan Kementerian Kewangan dan faktor kewangannya bergantung kepada faktor kepada polisi, ekonomi dan keadaan politik semasa Kerajaan Malaysia. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, secara umumnya terdapat tiga kaedah untuk menjadi pengangkutan kereta api awam mapan / sustainable:

a. Subsidi daripada kerajaan

Subsidi daripada kerajaan merupakan sesuatu kaedah yang paling kebiasaan yang digunakan oleh negara-negara diluar negara termasuklah Malaysia untuk memastikan syarikat pengangkutan awam termasuklah pengangkutan kereta api mampu untuk beroperasi dari semasa ke semasa. Mengambil contoh Prarasana sendiri, Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan dalam bentuk geran dan subsidi ke atas pengguna kereta api (pas perjalanan My100 and My50) bagi menggalakkan masyarakat khususnya Lembah Klang didalam mengunakan kereta api sebagai pengangkutan awam.

b. Membina kereta api didalam kawasan kepadatan tinggi / high density area

Bagi faktor ini, dua kaedah digunakan iaitu transit-oriented developments (TOD) dan rail integrated community (RIC) untuk memastikan pembinaan stesen kereta api disesuatu kawasan adalah suatu keperluan bagi sesuatu kawasan. Bernick & Cervero (1996) mendefinasikan TOD sebagai “a compact, mixed-use community, centred around the transit station that, by design, invites residents, workers, and shoppers to drive their cars less and ride mass transit more.” Sesuatu stesen kereta api bagi sesuatu perumahan dianggap sebagai suatu keperluan sekiranya jarak stesen tersebut kira-kira 500- meter atau dalam 5 minit daripada kawasan perumahan.

Terdapat pelbagai kelebihan menggunakan konsep TOD sebagai kaedah didalam pembinaan stesen kereta api iaitu meningkatkan masyarakat dikawasan setempat untuk mengamalkan kegiatan sihat seperti berjalan kaki atau berbasikal ke stesen, menjimatkan penggunaan tanah, mengurangkan kemalangan di jalan raya, memberikan akses pengangkutan yang lebih baik terhadap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) berbanding dengan memandu di atas jalan raya dan mengurangkan perlepasan gas rumah hijau / greenhouse gas emission.

Manakala konsep RIC bermaksud “high density, safe, mixed-use, pedestrian-friendly developments around railway stations that act as community hubs, served by frequent, all-day, rail rapid transit accessed primarily on foot, by bicycle, or by public transit.” Bagi konsep ini, kawasankawasan komersial seperti tempat pekerjaan, hiburan, pasaraya, pejabat kerajaan dikerumunkan dikawasan yang berhampiran dengan stesen kereta api tersebut.

Sebagai contoh pembinaan stesen Jiyūgaoka dan Tama Plaza di Jepun yang dibina berdekatan kawasan komersial menyebabkan kawasan tersebut diiktiraf sebagai kawasan antara yang paling popular di Jepun bagi kawasan kediaman dengan mengambil faktor-faktor seperti jauh daripada bandar dan persekitaran yang selamat, dan pelbagai kedai dan perkhidmatan yang mudah didapati.

c. Kepelbagaiaan perniagaan bagi suatu syarikat kereta api

Konsep ini telah digunapakai oleh kebanyakkan syarikat kereta api di Jepun. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Shoji (2001), beliau berpendapat kepadatan sesuatu kawasan bukan faktor utama didalam pembinaan stesen kereta api. Ini kerana sekiranya kereta api hanya tertumpu pada kawasan kepadatan tinggi, ia menyebabkan pembangunan sesuatu bandar menjadi tidak sekata.

Beliau juga mendapati kebanyakkan syarikat kereta api di Jepun mengklasifikasi operasi perniagaan kepada kepada empat jenis, (1) pengangkutan kereta api, (2) pengangkutan awam seperti bas dan feri, (3) pembangunan hartanah dan (4) pelbagai perniagaan yang lain-lain seperti rangkaian perniagaan restauran dan taman tema. Secara kesimpulan, pengangkutan awam merupakan suatu perkara yang penting bagi sesuatu negara menjadi maju.

Namun demikian, pembinaan stesen kereta api bagi sesuatu kawasan mesti berdasarkan kajian-kajian yang memberi kesan optimum kepada pengguna dan masyarakat setempat. Walaupun sesuatu kos pembinaan infrastruktur bagi pengangkutan awam dianggap tinggi, namun demikian masyarakat perlu faham berkenaaan kelebihan yang bakal diberikan pada masa hadapan.

Sumber-sumber

  1. Kenichi Shoji (2001) Lessons from Japanese Experiences of Roles of. Public and Private Sectors in Urban Transport
  2. Noor Hafiza binti Nordin et al (2017) Apraisal on Rail Transit Development: A Review on Train Service And Safety
  3. John Calimente (2009) Rail Integrated Communities in Tokyo
  4. Prasarana Malaysia is ‘very weak’, says RAM (2016): https://www.thestar.com.my/business/businessnews/2016/04/15/prasarana-malaysia-is-very-weak-says-ram-ratings-prasarana-balance-sheet-veryweak/
  5. Mohamed Hazlan’s hand likely to be full at Prasarana: https://www.theedgemarkets.com/article/mohamed-hazlans-hands-likely-be-full-prasarana
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker