Komentar

Adakah Tambang Grab Telah Meningkat?

Anthony Loke sebelum ni pernah cakap yang dia tak menjangkakan tambang e-hailing akan meningkat dengan pelaksanaan PSV. Boy, he was so wrong.

Gambar yang disertakan adalah tambang di Lembah Klang melalui applikasi Grab pada 12 Julai 2019. Warna merah pekat merupakan waktu puncak seperti yang dinyatakan dalam emel Grab sehari sebelum pelaksanaan e-hailing.

Pada waktu di luar puncak, kita boleh melihat bahawa purata tambang adalah RM 2 per kilometer. JIka nak dibandingkan, tambang teksi hanya RM1.60 per km (1). Manakala pada waktu puncak, tambang meningkat hingga RM3 – RM4 per kilometer!

Destinasi yang terkesan bagi tambang sebanyak RM4 pula majoriti merupakan Shah Alam dan Putrajaya, lokasi yang umumnya diketahui susah untuk mendapatkan pengangkutan awam. RM 100 hanya untuk pulang ke Shah Alam dari bandar Kuala Lumpur? Malah tempoh menunggu boleh mencecah hingga 15minit.

This mayhem was disastrous! Kerana tunduk dengan tekanan daripada Pihak Teksi (2), Anthony Loke dengan tergesa-gesa mahu melaksanakan PSV walaupun banyak kepincangan. Boleh rujuk hantaran saya yang sebelum ini untuk kepincangan dan kelemahan dalam pelaksanaan PSV.

Kesilapan Menteri Pengangkutan Dalam Isu E-hailing

Saya sebenarnya menyokong untuk meregulasikan e-hailing. Tetapi seharusnya tidak menyamakan e-hailing dengan teksi. E-hailing merupakan pemain utama falam ekonomi gig, pasaran bebas yang dipenuhi dengan kontraktor short term (3), di mana majoriti pemandu e-hailing melakukan secara sambilan. E-Hailing sebagai alternatif kepada teksi seharusnya memudahkan lagi pengguna bukan menyusahkan mereka. Rujuk balik kepada root of e-hailing, ride sharing daripada pemunya kereta untuk individu yang tidak mempunyai kereta bagi membantu mereka ke destinasi.

Dan daripada menyamaratakan e-hailer dengan teksi, seharusnya industry teksi perlu dipertingkatkan lagi. Jika pemandu teksi masih dengan cara konvensional menunggu penumpang di bahu jalan daripada menggunakan applikasi pemadanan supplier and demand, Industri Teksi akan menjadi seperti Kodak.

Kalau saya nak buat analogi, persaingang teksi dengan e-hailing boleh diumpamakan seperti perlawanan bola sepak antara Pasukan Malaysia dan Pasukan Perancis. Untuk perlawanan yang lebih menghiburkan dan tidak berat sebelah, adakah kita perlu mengikat kaki pemain Pasukan Perancis atau melatih Pasukan Malaysia dengan lebih berkesan?

Ditulis oleh: Yahya Imran

Sumber
gig economyLoke: No giving in to Grab drivers Teksi: Bajet 2017 khabar gembira atau duka?
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker