KewanganUmum

13 Lagi Tips Penjimatan

yang boleh cuba dipraktikkan

1. Kurangkan atau berhenti merokok. Dengan harga sekotak rokok semakin naik dari tahun ke tahun, duit berkenaan boleh disalurkan untuk pelbagai tujuan dari simpanan kecemasan hinggalah perbelanjaan menunaikan haji dan umrah.

2. Jika merancang membeli hadiah untuk sambutan istimewa, boleh saja bikin hadiah sendiri atau beli hadiah mengikut belanjawan anda.

3. Sebelum keluar membeli-belah, tidak salah menyediakan senarai pembelian. Senarai pembelian mengelakkan anda dari membuat perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

4. Jangan berbelanja hanya semata-mata sebagai cara untuk melegakan tekanan. Ada banyak cara yang boleh diaplikasikan dalam melegakan tekanan dan ia tidak memerlukan anda berbelanja satu sen pun seperti bersenam dan bersukan.

5. Jika anda membeli barang di pasar raya besar, tidak salah melihat barang keluaran pasar raya berkenaan. Ini kerana produk keluaran mereka bukan saja murah tetapi kualitinya hampir sama dengan kualiti produk berjenama di pasaran.

6. Mahukan produk baru? Cuba lihat barang terpakai yang dijual di laman-laman sesawang jualan seperti Shopee dan Mudah. Ini kerana sesetengah barang terpakai ini bukan saja masih elok kualitinya (jika jarang digunakan) tetapi berpatutan harganya.

7. Bawa bekalan makanan ke sekolah, universiti/kolej dan tempat kerja.

8. Kalau anda merancang membeli barangan elektronik baru, seeloknya anda cuba bayar dengan wang tunai. Tidak ramai tahu jika anda cuba bayar dengan kad kredit atau kad debit, anda akan dicaj 2%. Jika masih mahu membayar dengan dua jenis kad berkenaan, pastikan caj itu tidak dikenakan pada kad anda.

Anda akan dicaj lebih jika menggunakan kad kredit.

9. Bandingkan harga bagi setiap produk pembelian. Dan kalau boleh, pertimbangkan juga jarak yang perlu dilalui. Tak berbaloi memandu jauh hanya semata-mata untuk dapatkan telur murah.

10. Semasa bekerja, lihat apa keistimewaan yang ditawarkan kepada anda. Sesetengah syarikat menawarkan kelebihan tertentu yang boleh menjimatkan wang pekerja mereka.

11. Belajar untuk mengitar semula barang. Selain membantu menjimatkan wang, anda dapat menyelamatkan alam sekitar.

12. Batalkan langganan kabel TV anda dan tonton rancangan kegemaran secara dalam talian.

13. Dapatkan keahlian percuma bagi sesetengah produk atau perkhidmatan. Keahlian sebegini amat berguna untuk mendapatkan diskaun atau ganjaran mata percuma.

SUMBER

Rosly, Balkish. (2014). RinggitPlus.com. The Biggest List of Money Saving Tips on the Web. https://ringgitplus.com/…/The-Biggest-List-of-Money-Saving-…

Tags
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close