Info NiagaKorporat

11 Fakta Khazanah

1. Betul Khazanah jual lebih 80 aset bernilai RM45.3 bilion pada tahun 2009 – 2017. Tetapi apa yang tidak diberitahu adalah, jumlah pelaburan baru Khazanah yang dibuat dalam tempoh tersebut adalah RM54.3 bilion, lebih RM9 bilion.

2. Sepanjang 8 tahun perkhidmatan DS Najib Razak, hanya ada 2 tahun dimana nilai jualan aset Khazanah (divestment) melebihi pelaburan – tahun 2011 dan 2017.

3. Khazanah secara konsisten sentiasa mendapat keuntungan kepada aset yang dilupuskan pada zaman DSN. Sebagai contoh, pada 2009 terdapat 8 aset yang dijual dengan nilai RM3.1 bilion tetapi memberi keuntungan RM1.2 bilion yang digunakan bagi pelaburan lain.

4. Selepas persaraan PM ke 4, keuntungan terkumpul Khazanah sebelum cukai adalah RM27.977 bilion. Satu-satunya tahun Khazanah mencatat kerugian adalah pada 2005.

5. Pada 2018, Khazanah rugi kali pertama dalam tempoh 13 tahun. Kali ini sebanyak RM6.27 bilion. Walaupun rugi, kerajaan tetap mengambil RM1.5 bilion sebagai dividen.

Bacaan berkaitan: Tujuan Asal Khazanah Ditubuhkan

6. Antara 2004 hingga 2017, Khazanah telah membuat 175 pelaburan bernilai RM87.9 bilion. Dalam tempoh yang sama, jumlah pegangan aset yang dilupus adalah 102 dengan nilai jualan RM59.2 bilion.

7. Secara purata, Khazanah pada zaman Pak Lah menjual aset sebanyak RM2.78 bilion dan melabur sebanyak RM6.72 bilion bagi setiap tahun

8. Khazanah pada zaman DSN secara purata menjual aset sebanyak RM5.03 bilion dan melabur semula sebanyak RM6.03 bilion pada setiap tahun

9. Khazanah pada zaman PH telah menjual RM18.8 bilion aset dalam tempoh 14 bulan pertama atau purata RM16.1 bilion setahun. Tiada rekod pelaburan semula Khazanah yang dijawab oleh MEA dalam sidang parlimen hari ini

10. Pada zaman Pak Lah, nilai aset Khazanah pada 2004 adalah RM33.3 bilion. Pada awal 2009, nilainya meningkat sedikit kepada RM33.7 bilion.

11. Pada zaman DSN, nilai aset Khazanah pada 2017 adalah RM115.6 bilion – meningkat RM81.9 bilion dalam tempoh 9 tahun. Walaubagaimanapun selepas pertukaran kerajaan, nilai Khazanah telah jatuh kepada RM91 bilion – merosot hampir RM25 bilion dalam tempoh satu tahun.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker