Teknologi

#10YearsChallenge Merupakan Satu Ancaman Siber?

#10YearsChallenge yang menjadi satu fenomena sebenarnya adalah satu “alasan” berbentuk ‘event’ yang boleh memudahkan kerja-kerja bagi penyedia platform digital menyimpan dan menganalisa maklumat anda.

Dengan menggunakan teknik pengecaman wajah, Facebook sebagai contoh, menyimpan satu profil tentang keadaan diri anda pada masa sekarang dan juga 10 tahun lepas.

Ya, banyak telah berubah. Mungkin 10 tahun dahulu anda masih sado dan bujang atau bergetah tetapi selepas 10 tahun ianya mungkin sudah berubah, mungkin anda sudah berkeluarga atau menjadi semakin kaya contohnya.

Data anda menjadi sangat berharga, terutama untuk platform digital membolehkan mereka memahami lebih terperinci tentang anda.

Dari mata jatuh ke hati, dari riak air muka dah tahu segalanya. Cantik kan peribahasa Melayu? Dengan adanya segala data yg lebih tepat, mungkin pada masa akan datang akan ada produk dan servis yang boleh ditawarkan yang sesuai untuk anda yg sudah berubah.

Untuk penjenayah, ianya sangat mudah. Jika dahulu anda single dan sekarang berkeluarga dan semakin kaya, penjenayah akan mula memikirkan tentang segala kemungkinan kejahatan yg boleh dilakukan, terhadap anda sendiri ataupun keluarga anda.

Siapa tahu kan?

Jaga diri, jaga maruah

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker